Model2 kereta baru Proton di KLIMS 2010
Jiwang Chat!   Spread the "Jiwangness" by G+1, Tweet and Like us
+ Reply to Thread
+ Post New Thread
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 15
Like Tree3Likes

Thread: Model2 kereta baru Proton di KLIMS 2010

  1. #1
    e1xtrim's Avatar
    e1xtrim is offline Explosive Member iTrader 0
    Join Date
    19 Aug 2005
    Location
    Ipoh, Perak
    Posts
    1,094
    Blog Entries
    5
    My Mood
    Devilish
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanked 373 Times in 200 Posts
    Rep Power
    11

    Thumbs up Model2 kereta baru Proton di KLIMS 2010

    1. Proton Tuah








    Ada yang mengatakan bahawa Proton Tuah ini adalah model yang akan mengantikan Proton Persona di masa akan datang bagi menguasai segmen pasaran C bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga pasaran global.



    Grill bahagian depan ini nampak 'unik'. Biasanya grill untuk kereta Proton lebih kepada grill yang berjalur lurus.






    LED diletakkan di headlamps dan fog lamp model ini untuk memberi pencahayaan yang lebih pada siang hari mahupun ketika cuaca berkabus.


    Rim tayar kereta ini berjari 10 dengan saiz 18 inci dengan mengunakan tayar jenis 225/40R18. Sekali pandang macam generasi kedua Subaru Legacy.










    Lampu bahagian belakang yang berkonsepkan jalur merah ini menampakkan ciri-ciri futuristik sebuah kereta masa hadapan. Ekzosnya pula ada 2 iaitu terletak di kiri dan kanan.



    2. Proton Jebat

    Model yang diberi nama Proton Jebat ini yang di inspirasikan dari Mitsubishi Lancer Evolution dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) baru-baru ini.



    Pastinya bakal pemilik Proton Inspira teruja melihat model baru ini kan. Yelah dari dapat Proton Inspira yang ala-ala Lancer baik beli Proton Jebat ini yang ala-ala Lancer Evolution.


    Tapi bakal pembeli Proton Inspira tidak perlu bimbang kerana tidak dapat di pastikan lagi sama ada model ini akan di pasarkan atau tidak.



    Kerusi di bahagian hadapan adalah kerusi berjenama Recaro yang di datangkan bersama jalur merah yang nampak garang.





    Di hadapan dan belakang model ini dilitupi warna hitam sesuai dengan jalur hitam di bawah pintu bagi menampakkan ciri-ciri sebuah kereta racing.


    Di tambah pula dengan spoiler di bahagian atas bonet memang nampak mengancam.


    3. Proton Kasturi




    Ini adalah pandangan dari hadapan model Proton Kasturi ini. Kelebaran model ini agak pendek sedikit kerana ia mengikut ukuran kelebaran Proton saga BLM.


    Secara kasar Proton Kasturi ini hampir sama dengan model Proton Sage R3 cuma tema Proton Kasturi ini adalah hitam dan putih.




    Bukan sahaja permukaan luar Proton Kasturi sahaja bertemakan hitam dan putih tetapi juga ruangan dalamannya dari dashboard sehinggalah ke kusyennya.


    Meter Proton kasturi ini nampak ringkas tetapi yang pasti ianya membantu penglihatan pemandu melihat meter ketika cuaca gelap.







    Terdapat lampu cahaya LED pada bahagian belakang model Proton Kasturi ini bagi membantu memberi pengcahayaan tambahan ketika cuaca berkabus.




    Rimnya pula berjari 10 dengan saiz 18 inci. Dari jauh memang nampak mengancam sekali model ini. Secara purata, tak jauh beza Proton Kasturi ini dengan Proton Saga R3.


    Cuma warna temanya hitam putih itu menampakkan seolah-olah model ini 'kereta zombie' pula..


    4. Proton Lekir

    Konsep Proton Lekir ini diambil dari Lotus Eropah. Tak dapat di pastikan lagi adakah model ini akan dipasarkan di masa akan datang.

    Jika model ini dipasarkan, persoalan yang timbul ialah adakah harganya dapat di terima oleh rakyat Malaysia? Biasanya kereta Eropah berharga RM100 000 ke atas.

    Jika di lihat dari hadapan, model ini nampak 'unik'. Sekali pandang macam berudu pun ada. Bahagian hadapan kereta ini nampak ringkas dan kosong tanpa ciri-ciri yang istimewa.


    Ruang dalamannya menggunakan tema berwarna oren. Jika diperhatikan, dashboard Proton Lekir ini nampak klasik. Walaubagaimanapun masih awal untuk memperkatakan setiap ciri-cirinya.









    Secara keseluruhan, model Proton Lekir ini nampak menarik. Pastinya akan memenuhi citarasa peminat kereta sport 2 pintu.


    Namun Proton harus mengkaji dulu permintaan kereta sport di malaysia ini dan pastinya harga juga memainkan faktor yang penting sama ada rakyat mampu memilikinya atau tidak...


    5. Proton Lekiu

    Konsep Proton Lekiu ini diadaptasi dari Proton Exora tetapi dalam bentuk SUV (Sport Utility Vehicle). Bentuk depan model Proton Lekiu ini hampir sama dengan Proton Exora.


    Menurut sumber, Proton dan Lotus Engineering akan membangunkan model SUV untuk pasaran Eropah. Walaubagaimanapun, tak dapat dipastikan lagi sama ada model Proton Lekiu ini akan dipasarkan atau tidak




    Lampu belakang Proton Lekiu ini nampak seakan-akan Proton Exora. Cuma bahagian belakang Proton Lekiu ini nampak lebih tinggi berbanding Proton Exora.


    Selain sesuai untuk aktiviti lasak, Proton Lekiu ini juga sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Dengan ruang dalamannya yang luas tiada masalah untuk membawa barang yang banyak



    P/S: Nmpak sume mcm kereta ubahsuai dr model lama je kecuali Tuah, hehehe.


    Jwg, xxsmastersxx and gkotech like this.

  2. #2
    Han_Hin's Avatar
    Han_Hin is offline Motivated Member iTrader 0
    Join Date
    05 Jul 2005
    Location
    Cboo,Sarawak.
    Age
    20
    Posts
    402
    My Mood
    Breezy
    Downloads
    83
    Uploads
    0
    Thanked 15 Times in 11 Posts
    Rep Power
    7
    cam kete chrysler pulak kete tuah tu

  3. #3
    sirkay87's Avatar
    sirkay87 is offline Motivated Member iTrader 0
    Join Date
    07 Mar 2008
    Age
    32
    Posts
    487
    My Mood
    Inspired
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanked 15 Times in 13 Posts
    Rep Power
    5
    poton kasturi tu berubah sikit je...still nampak mcm saga juga...proton lekir tu...ambil drpd lotus...kalo nama pulak lotus evora....

  4. #4
    e1xtrim's Avatar
    e1xtrim is offline Explosive Member iTrader 0
    Join Date
    19 Aug 2005
    Location
    Ipoh, Perak
    Posts
    1,094
    Blog Entries
    5
    My Mood
    Devilish
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanked 373 Times in 200 Posts
    Rep Power
    11
    Quote Originally Posted by Han_Hin View Post
    cam kete chrysler pulak kete tuah tu
    Dengar cite, Tuah ni bakal jadi model Persona R yg akan berada di pasaran pd 2012 nanti.
    Enjin pula menggunakan Campro Turbo.

  5. #5
    ampentium2's Avatar
    ampentium2 is offline ~Awesome Man~
    Points: 11,919, Level: 47
    Level completed: 24%, Points required for next Level: 381
    Overall activity: 0%
    Achievements:
    Three FriendsYour first GroupRecommendation Second ClassCreated Blog entry10000 Experience PointsVeteranTagger Second Class
    iTrader 0
    Join Date
    22 Jun 2005
    Location
    .:Somewhere in the middle:.
    Age
    25
    Posts
    4,474
    Points
    11,919
    Level
    47
    Blog Entries
    2
    My Mood
    Flirty
    Downloads
    1
    Uploads
    0
    Thanked 119 Times in 98 Posts
    Rep Power
    13
    Quote Originally Posted by sirkay87 View Post
    poton kasturi tu berubah sikit je...still nampak mcm saga juga...proton lekir tu...ambil drpd lotus...kalo nama pulak lotus evora....
    dah mmg teaser Proton Saga FL kot... xkan nk bg rupe Ferrari plk??? kang org ckp tiru Ferrari plk...

  6. #6
    sirkay87's Avatar
    sirkay87 is offline Motivated Member iTrader 0
    Join Date
    07 Mar 2008
    Age
    32
    Posts
    487
    My Mood
    Inspired
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanked 15 Times in 13 Posts
    Rep Power
    5
    Quote Originally Posted by ampentium2 View Post
    dah mmg teaser Proton Saga FL kot... xkan nk bg rupe Ferrari plk??? kang org ckp tiru Ferrari plk...
    kalo buat saga tu buat ruang dlmnya lg besar sikit & kereta tu panjang sikit....mesti ramai org beli lg....lepas tu...kuar 1.6/1.8....baru ada pick up...nama2 pahlawan...buat aku teringat kat crite kartun silat lagenda...

  7. #7
    TESCO's Avatar
    TESCO is offline Newbie iTrader 0
    Join Date
    12 Feb 2006
    Posts
    8
    Downloads
    2
    Uploads
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0
    huuu... proton jebat tu nmpk mcm best je...

  8. #8
    metalrizca's Avatar
    metalrizca is offline some kind of monster
    Points: 16,516, Level: 55
    Level completed: 94%, Points required for next Level: 34
    Overall activity: 25.0%
    Achievements:
    Three FriendsYour first GroupCreated Album picturesCreated Blog entry10000 Experience PointsVeteranTagger Second Class
    Awards:
    Arm of Law
    iTrader 1 (100%)
    Join Date
    10 Apr 2004
    Location
    Kuala Lumpur, Malaysia
    Age
    39
    Posts
    2,939
    Points
    16,516
    Level
    55
    Blog Entries
    15
    My Mood
    Cynical
    Downloads
    1
    Uploads
    0
    Thanked 81 Times in 59 Posts
    Rep Power
    12
    Quote Originally Posted by sirkay87 View Post
    kalo buat saga tu buat ruang dlmnya lg besar sikit & kereta tu panjang sikit....mesti ramai org beli lg....lepas tu...kuar 1.6/1.8....baru ada pick up...nama2 pahlawan...buat aku teringat kat crite kartun silat lagenda...
    err, top selling kete kat malaysia ni dari januari sampai oktober 2010 yang list nyer dikeluarkan pada 1 disember,
    dimonopoli oleh myvi, saga dan viva..

    myvi tu pon baru dapat pegang takhta balik pada bulan oktober 2010..



    so, ruang dalam besar,
    tiga2 top selling tu ruang dalam takde laa besar mana..

    so, kete tu kasi panjang sikit,
    tiga2 top selling tu takde laa panjang mana seperti yang ko harapkan..

    so, mau enjin 1.6 / 1.8,
    tiga2 top selling tu takde pulak enjin kapasiti tu, --->>> (actually, saga ada limited edition yang berenjin kapasiti 1.6)..



    kete yang berada di kedudukan no 4 adalah proton persona yang jualan nyer lebey kurang 1/2 dari yang no 3 tu..



    bule aje nak buat ruang dalam besar laa, kete panjang laa, cc enjin besar laa, --->>> (tapi proton persona kan dah ade, so??)..
    tapi harga kene naik laa..
    ramai ke orang nak beli nanti??

    be realistic..


    sekian laporan saya pada kali ini..
    Last edited by metalrizca; 20-12-2010 at 12:48 PM. Reason: rasa kelakar pulak aku taip panjang2 sangat.. =P

  9. #9
    wazhanudin's Avatar
    wazhanudin is offline Motivated Member iTrader 1 (100%)
    Join Date
    14 Dec 2008
    Location
    Depan Computer
    Age
    20
    Posts
    147
    My Mood
    Tired
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Rep Power
    0
    jebat tu..
    body da smart.
    tp, tema kaler dia langsung x cantik..

    yg tuah tu.. nampak mcm kia forte je..
    Last edited by wazhanudin; 23-12-2010 at 09:40 PM.

  10. #10
    blitzhub's Avatar
    blitzhub is offline Newbie iTrader 0
    Join Date
    24 Jan 2011
    Posts
    13
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post
    Rep Power
    0
    Macam2 proton buat, tp yang kluar atas jalan... macam ape je

+ Reply to Thread
+ Post New Thread
Page 1 of 2 12 LastLast

Similar Threads

  1. Kereta baru peronda PDRM!
    By t0ys in forum Jiwang Groups
    Replies: 23
    Last Post: 01-01-2011, 09:08 AM
  2. Mybestcardealer.com <--- Website Beli Kereta Baru!
    By mybestcardealer in forum Classified Ads
    Replies: 0
    Last Post: 24-09-2010, 10:19 AM
  3. [vid] kereta baru wizard320..
    By al_shabab in forum Jiwang Groups
    Replies: 10
    Last Post: 23-02-2010, 07:02 PM
  4. nak beli kereta baru...
    By ahkong in forum Top Gear
    Replies: 28
    Last Post: 23-11-2009, 01:17 PM
  5. Proton will joining 2010 WRC?
    By cha0s in forum Top Gear
    Replies: 3
    Last Post: 02-04-2009, 02:25 PM

Visitors Landed Here Searching For

kerita proton model baru

kereta proton akan datang

kerita mitsubishi seakan viva

kereta proton baru

kereta proton dua pintu

keteta sport 2pintu

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •