Hidden Content
Yong Peng ialah sebuah pekan di bahagian utara negeri Johor di Malaysia. Kawasan pekannya berkeluasan 1,911.6 hektar, dengan jumlah penduduk di sekitarnya seramai 29,046 orang. Sebahagian besar penduduk di pekan ini adalah orang Cina. Semasa zaman darurat di Tanah Melayu pada pertengahan dekad 1950-an, Yong Peng merupakan salah satu kampung baru Cina yang bertujuan untuk mengasingkan penduduknya daripada memberi bantuan kepada pihak komunis.Yong Peng kini mempunyai dua jalan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan, dengan Kuala Lumpur di utara, dan Johor Bahru di selatan.
Jalan Templer, Yong Peng
Pentadbiran
Yong Peng ditadbir oleh Majlis Daerah Yong Peng (MDYP), dahulu dikenali sebagai 'Majlis Daerah Batu Pahat Timur'. Majlis Daerah Yong Peng diasaskan pada 1 September 1979. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng merangkumi Pekan Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong, Sri Medan, Kangkar Bahru, Parit Yaani, dan Lam Lee. Luasnya daerah Yong Peng sebanyak 12,680 hektar, dengan jumlah penduduk sebanyak 61,014 orang.
Makanan
Yong Peng memiliki banyak restoran yang menghidangkan masakan Fuzhou (Hock Chew). Ia termasyhur untuk mi goreng Fuzhou, Ayam Wain Beras Merah, serta juga Kepala Ikan Belanga.
Tempat-tempat Menarik
Taman Botani Johor
Pekan Seramik Air Hitam
Tugu Peringatan Air Hitam
Pusat Pengangkutan Awam
Terminal Bas Yong Peng, Taman Kota Yong Peng
* Syarikat Lian Hoe Sdn. Bhd.
- Yong Peng Parit Yaani Batu Pahat Yong Peng
- Yong Peng Parit Sulong Muar Yong Peng
* Syarikat Yow Hoe Sdn. Bhd.
- Yong Peng Labis Segamat Yong Peng
- Yong Peng Ayer Hitam Yong Peng
Terminal Bas Ayer Hitam (Milik Johor Motor Bus)
* Syarikat Johor Motor Bus
- Ayer Hitam Batu Pahat - Ayer Hitam
- Ayer Hitam Kluang Ayer Hitam
- Ayer Hitam Johor Bahru Ayer Hitam
Pusat Pengangkutan Meng Ang, Yong Peng
* Bas Ekspres
Pusat Pengangkutan Lucky Garden
* Bas Ekspres
Rujukan
* Portal rasmi Perbandaran Yong Peng
Hidden Content
Peta Lokasi Kota Tinggi
Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dikalahkannya di Melaka pada tahun 1511.
Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.
Bandar Kota Tinggi
Tempat- tempat Menarik
Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam sultan terakhir bagi Kesultanan Melaka) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid terletak di Kampung Kelantan. Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan.
Pantai Desaru
Pantai Desaru merupakan pantai yang paling popular di Johor. Pantainya yang memutih sepanjang 25km dan dikelilingi pohon yang menghijau sudah cukup menjadikan pantai ini menjadi tarikan pelancong.
Aktiviti berkuda
Aktiviti Banana Boat
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini termasuklah berkelah, memancing, snorkeling, berkayak, jungle tracking, menunggang kuda dan go-carting. Di samping itu juga, Pantai Desaru terkenal di kalangan pemain golf. Ini kerana, terdapat padang golf 18 lubang yang diilhamkan oleh Robert Trent Jones Jr.
Kemudahan-kemudahan lain seperti penginapan, restoran, kedai cenderamata dan padang permainan turut disediakan demi memastikan pengunjung menikmati percutian yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Panduan: Pantai Desaru terletak di Tanjung Penawar, Kota Tinggi. Pengunjung boleh menaiki pengangkutan bas di mana jarak dan masa lebih kurang seperti berikut:
* Dari Johor Bahru : 102 km, 1 jam 30 minit
* Dari Kuala Lumpur : 436 km, 4 jam 15 minit
* Dari Singapura : 125 km, 2 jam 15 minit
Bagi pengunjung Singapura, terdapat pilihan untuk menggunakan pengangkutan feri di Changi point, Singapura yang akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Feri ini mampu menempatkan kira-kira 400 penumpang dan 70 buah kereta.
Air Terjun Kota Tinggi
Air Terjun Kota Tinggi yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Kota Tinggi merupakan destinasi pelancongan yang amat popular. Ia mempunyai air terjun setinggi 34 meter dan terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Terdapat sebatang sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan ideal untuk pengunjung berenang.
Air Terjun Kota Tinggi
Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, kemudahan seperti chalet, kawasan berkhemah dan gerai makan disediakan.
Panduan: Air Terjun Kota Tinggi terletak di barat laut Bandar Kota Tinggi. Oleh itu, jika anda dari Bandar Kota Tinggi, sila ikut Jalan Lombong
Pantai Tanjung Balau
Pantai Tanjung Balau bukan sahaja menawarkan keindahan panorama yang indah malahan perkampungan nelayan dan Muzium Nelayan Tanjung Balau yang sedia dikunjungi.
Suasana ketika matahari terbenam
Di perkampungan nelayan, pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan penduduk dan merasai kehidupan sebenar mereka dengan tinggal bersama-sama dengan mana-mana keluarga. Di samping, berpeluang merasai masakan tradisi yang pelbagai dan sedap.
Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dibina dalam tahun 1985. Muzium ini menyimpan pelbagai khazanah berkaitan cara hidup, teknik dan perkakasan nelayan sejak zaman-berzaman.
Panduan: Dari Bandar Kota Tinggi, anda bergerak terus sejauh 47 km. Apabila tiba di satu simpang di mana terdapat stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, anda masuk ke selekoh sebelah kiri. Lebih kurang 5km dari simpang tersebut, anda akan menemui bulatan (round-about) yang pertama. Masuk simpang ke kanan (pukul 3) dan anda akan tiba di Pantai Tanjung Balau kira-kira 1km dari simpang tersebut.
Pantai Teluk Mahkota
Pantai Teluk Mahkota dahulunya dikenali sebagi Teluk Jason. Pantainya yang luas, angina yang sentiasa bertiup dan deruan ombak yang menghempas pantai menjadikan pantai ini cukup ideal untuk berkelah dan bersantai.
Terdapat chalet dan kedai makan disediakan untuk kemudahan para pengunjung yang ingin bermalam dan menjamu selera.
Panduan: Jika anda dari Bandar Kota Tinggi, anda boleh bergerak terus ke utara. Kira-kira 13 km dari Bandar Kota Tinggi, anda belok ke kanan dan terus begerak sejauh 23km. Belok ke kanan sekali lagi dan kira-kira 2km dari simpang tersebut anda akan tiba di Pantai Teluk Mahkota.
Jika anda dari Bandar Mersing, anda bergerak ke selatan sejauh 79km. Kemudian, belok ke kiri. Anda akan tiba di Pantai Teluk Mahkota setelah bergerak sejauh kira-kira 25km.
Pantai Teluk Ramunia
Pantai Teluk Ramunia terletak kira-kira 90km dari Bandar Kota Tinggi. Tempatnya yang popular di kalangan pengunjung menyebabkan beberapa resort telah disediakan yang menawarkan keselesaan pada harga yang berpatutan.
Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan air berkayak, jet-ski, menyelam dan sebagainya. Bagi menikmati panorama indah, kemudahan basikal juga disediakan. Tidak jauh dari pantai ini terdapat komuniti perkampungan nelayan yang sedia untuk dikunjungi.
Panduan: Dari Bandar Kota Tinggi, anda bergerak terus sejauh 47 km. Apabila tiba di satu simpang di mana terdapat stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, anda masuk ke selekoh sebelah kiri. Lebih kurang 5km dari simpang tersebut, anda akan menemui bulatan (round-about) yang pertama. Masuk simpang ke kanan (pukul 3) dan anda akan tiba di Pantai Teluk Ramunia kira-kira 24km dari simpang tersebut.
Petempatan
* Felda Bukit Easter
* Felda Lok Heng Timur
* Felda Lok Heng Barat
* Felda Lok Heng Selatan
* Taman Ahmad Perang
* Taman Sri Lalang
* Perumahan Tersusun Mawai Baru
* Felda Gugusan Adela
* Kampung Mawai Baru
* Kampung Sungai Selangi
* Felda Bukit Waha
* Felda Air Tawar 5
* Felda Air Tawar 4
* Felda Air Tawar 3
* Felda Air Tawar 2
* Felda Air Tawar 1
* Felda Linggiu
* Felda Pasak
* Felcra Kota Tinggi
* Felcra Sungai Ara
* Taman Koguna Indah
* Taman Kota Jaya
* Taman Kota Besar
* Bandar Penawar
* Kota Kecil
* Kampung Tai Hong
* Kampung Lipat Kajang
* Kampung Baru Sg Mas
* Telok Sengat
* Felda Bukit Aping Timur
* Felda Bukit Aping Barat
* Sedili
* Felda Papan Timur
* Felda Sungai Mas
* Bandar Mas
* Felda Semenchu
* Felda Simpang Waha
* Kampung Sungai Telor
Infrastruktur
Bekalan elektrik
* Tenaga Nasional Bhd, Kampung Tai Hong
* Tenaga Nasional Bhd, Jalan Lombong
Sekolah
* Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter (Felda Bukit Eater)
* Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim (Felda Lok Heng Timur)
* Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Lok Heng (Felda Lok Heng Timur)
* Sekolah KebangsaanLok Heng Selatan(Felda Lok Heng Selatan)
* Sekolah Agama Nurul Falah (Felda Lok Heng)
* Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Mawai
* Islamic Secondary School of Bandar Penawar
* Sekolah Kebangsaan Mawai
* Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar
* Sekolah Menengah Tun Habab
* Sekolah Menengah Laksamana
* Sekolah Menengah Bandar
* Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi
* Sekolah Menengah Air Tawar
* Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman
* Sekolah Menengah Tan Sri Jaafar Albar
* Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter
* Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
* Sekolah Sukan Bandar Penawar Kota Tinggi
* Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Tinggi
* Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas
* Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk
* Sekolah Menengah Kebangsaan Adela
* Sekolah Menengah Lok Heng
* Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar
* Sekolah Menengah Linggiu
* Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengeleh
* Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara
* Sekolah Kebangsaan Bukit Waha
Bank
* AmFinance Bhd, Jalan Lombong
* Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd, Jalan Ibrahim
* Bumiputra-Commerce Bank Bhd, Jalan Niaga 1
* Hong Leong Bank Bhd, Jalan Ibrahim
* Maybank, Jalan Mawai
* Public Bank Bhd, Jalan Lombong
Masjid
* Masjid Ar-Raudah Kampung Mawai Baru
* Masjid Jamek Kota Tinggi
* Masjid Jamek Kampung Makam
* Masjid Jamek Kampung Kelantan
* Masjid Jamek Tanjung Sedili
* Masjid Jamek Sedili Besar
* Masjid Jamek Gugusan Waha
* Masjid Jamek Sedili Kecil
* Masjid Jamek Kampung Gembut
* Masjid Al-Husna Bandar Tenggara
* Masjid Jamek Felda Linggiu
Koperasi / Persatuan
* KampungAman DALnet Chatters Community
* Persatuan Ibu Bapa & Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman
* Koperasi Pembangunan Kampung Tersusun Mawai Baru Berhad
* Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kota Tinggi Bhd
* Koperasi Peladang Kota Tinggi Barat
* Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Kota Tinggi Bhd
* Majlis Belia Daerah Kota Tinggi
* Narsco Transport Sdn Bhd
* Persatuan Hakka Kota Tinggi Johor
* Persatuan Hokkien Kota Tinggi
* Persatuan Ibubapa & Guru Sekolah Kebangsaan Kota Jaya
* Persatuan Kebajikan Pemandu Pemandu Kereta Sewa Kota Tinggi
* Persatuan Kheng Chiew Kota Tinggi
* Persatuan Teksi Komplek Adela Kota Tinggi Johor
* Persatuan Teo-Chew Kota Tinggi Johor
* Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi
* Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Tinggi Barat
* Pertubuhan Peneroka Felda Pasak Kota Tinggi Johor
* Syarikat Pinjaman Bumiputra Berlesen ( Pancaran Bestari Enterprise)
Peristiwa banjir besar Kota Tinggi
Banjir gelombang pertama bermula 19 Disember 2006
Banjir di Bandar Kota Tinggi
Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.
Rujukan:
* Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
* Majlis Daerah Kota Tinggi
* Wikipedia Bahasa Melayu
Hidden Content
Asal Usul Nama
Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.
Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.
Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.
Mersing
Mersing merupakan nama kepada bandar dan daerah di timur laut negeri Johor, Malaysia. Daerah ini mempunyai keluasan 2836.6 km2 dan jumlah penduduk 67,557 orang (2004). Kini terdapatnya pertambahan penduduk di sini dengan adanya Institut Latihan Perindustrian, Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, sebuah kem tentera Kem Iskandar dan 2 buah kem Khidmat Negara di Sekakap dan Teluk Sari.
Terdapat 10 mukim di daerah Mersing. Berikut adalah mukim-mukim yang terdapat di dalam daerah Mersing beserta pulau-pulau rangkaian.
* Mukim Mersing termasuk Pulau Batu Chawan
* Mukim Triang termasuk Pulau Lalang
* Mukim Tenglu termasuk Pulau Setindan dan Pulau Gajah
* Mukim Penyabong termasuk Pulau Pelandok, Pulau Mawar & Pulau Puchong
* Mukim Tenggaroh termasuk Pulau Kerengga dan Pulau Lilang
* Mukim Jemaluang termasuk Pulau Belunak
* Mukim Pulau-Pulau
* Mukim Padang Endau
* Mukim Sembrong
* Mukim Lenggor
Tarikan pelancongan
Secara umumnya, bandar Mersing yang terletak di muara Sungai Mersing bergantung sepenuhnya kepada sektor perikanan. Namun kebelakangan ini, industri pelancongan telah berkembang pesat di sini. Kemudahan hotel, motel ataupun sekadar chalet tersedia dengan kos yang berpatutan. Ini dilengkapkan dengan wujudnya beberapa agensi pelancongan yang terdapat di sekitar Mersing. Ia juga menempatkan kemudahan utama iaitu jeti untuk ke Pulau Tioman, Pulau Sibu, Pulau Tengah dan pulau-pulau lain yang berhampiran dengan menggunakan kemudahan bot, feri dan bot laju.
Terdapat sebuah filem melayu bertajuk "Sri Mersing" (1961) (arahan Salleh Ghani) yang mengambil nama lokasi ini di mana pelakon utama ialah Nordin Ahmad, Roseyatimah, Mustafa Maarof dan Rosnani Jamil. Filem ini menunjukkan bahawa penduduk asal Mersing dahulu kala berasal daripada negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mempunyai penduduk yang fasih berbahasa Terengganu dan mengusahakan perniagaan keropok lekor ikan. Anda juga terasa janggal ketika berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang bertutur loghat Terengganu. Terdapat satu babak akhir dipaparkan dalam filem Sri Mersing yang berlatar belakang Pulau Batu Cawan di muara Sg Mersing yang menjadi tanda di pintu masuk laluan air dari arah laut.
Malah terdapat juga sebuah kawasan pesisir sungai yang baru di mana telah dibangunkan sebuah pasar raya, pasar basah, stesen teksi dan stesen bas yang baru disini. Mersing kini telah menjadi satu bandar utama sebagai nadi ke arah pembangunan industri pelancongan yang mana mempunyai beberapa agensi yang mengawal-selia seperti Jabatan Laut, Imigresen, Kastam & Eksais, Jabatan Pertahanan Awam serta Polis. Terdapat juga sebuah pejabat utama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) lengkap dengan kemudahan pegawai dan bot laju mereka di bandar ini.
Diantara tempat menarik
Hutan Rekreasi Gunung Arong
Hutan ini terletak kira-kira 17km dari Bandar Mersing. Ia menawarkan keindahan hutan dan air sungai yang cukup jernih. Sesuai bagi pengunjung yang ingin lari dari kesibukan kota dan mencari ketenangan.
Kemudahan-kemudahan untuk para pengunjung disediakan seperti penginapan chalet , bilik persalinan, tandas awam dan pondok atas pokok. Bagi pengunjung yang ingin meneroka keindahan alam semulajadi hutan rekreasi ini, terdapat laluan-laluan denai. Pengunjung juga boleh mengunjungi Muzium Hutan yang memaparkan pelbagai maklumat tentang hasil-hasil hutan termasuk cara kegunaan dan sejarahnya.
Panduan: Hutan Rekreasi Gunung Arong terletak di jalan utama Mersing-Endau. Jika pengunjung dari Bandar Mersing, perjalanan akan mengambil jarak kira-kira 17km manakala jika pengunjung dari Endau, perjalanan akan mengambil jarak 22km.
Pantai Penyabong
Nama asal Pantai Penyabong adalah Pantai Pasir Lanun. Ini kerana Pantai Penyabong pernah menjadi pilihan utama tempat persembunyian lanun suatu ketika dulu disebabkan pantainya yang bersih dan airnya yang segar.
Pengunjung yang datang ke sini boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti manaiki bot, kayak, memancing, berkhemah dan meneroka hutan yang berdekatan. Selain itu, pengunjung boleh melawat Perkampungan Orang Melayu dan melihat kelong.
Terdapat kemudahan penginapan kelas pertengahan disediakan. Begitu juga kemudahan seperti kedai makan, kedai cenderamata dan sewaan peralatan untuk beraktiviti.
Panduan: Untuk tiba di Pantai Penyabong, pengunjung perlu mengambil jalan menuju ke Perkampungan Nelayan Endau. Namun sebelum tiba ke perkampungan tersebut, kira-kira 3km dari Bandar Mersing, belok ke kanan dan bergerak kira-kira 13km untuk tiba di Pantai Penyabong.
Pantai Tanjung Leman
Tanjung Leman lebih dikenali sebagai batu loncatan untuk ke Pulau Sibu dan Sibu Tengah. Ini kerana, terdapat sebuah jeti yang membolehkan bot atau feri membawa pengunjung ke dua-dua tempat tersebut.
Lokasinya kira-kira 72km ke selatan Mersing dan agak jauh dari jalan utama menyebabkan Tanjung Leman agak sukar ditemui. Namun, apabila tiba di Tanjung Leman, pengunjung boleh berkayak, menyelam dan melihat burung pelbagai spesis.
Panduan: Jika pengunjung dari Bandar Mersing, bergerak ke selatan. Kira-kira 44km dari Bandar tersebut, belok ke kiri dan pengunjung akan melalui jalan utama ladang kelapa sawit yang agak sempit dan tidak rata.
Pantai Air Papan
Pantai Air Papan amat sinonim dengan Pesta Air Papan yang diadakan setiap tahun pada 1 Mei. Setiap tahun, ramai pengunjung tempatan dan luar Negara datang untuk menyertai pelbagai pertandingan dan permainan. Pantai yang rata dan panjang kira-kira 3km ini adalah amat strategic untuk bermain pelbagai permainan tradisional dan membuat persembahan.
Selain terkenal dengan Pesta Air Papan, pantai ini juga amat popular untuk para pengunjung berkelah di hujung minggu dan cuti am. Mereka boleh berenang di air biru atau bersantai di bawah pohon rendang yang tumbuh sepanjang pantai. Dari pantai ini, pengunjung akan dapat melihat kelibat Pulau Besar, Pulau Rawa, Pulau Tioman, Pulau Batu Gajah, Pulau Setinggan dan Pulau Tengah.
Panduan: Dari Bandar Mersing, pengunjung begerak ke utara menuju ke Kuantan. Kira-kira 10 minit perjalanan, pengunjung akan tiba di Pantai Air Papan.
Pembangunan
Daerah Mersing yang sekian lama bergantung kepada sektor pelancongan sebagai aktiviti utama ekonominya bakal berkembang lebih pesat lagi selepas ia dimasukkan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Sebagai satu-satunya daerah di Johor yang dimasukkan dalam ECER, Mersing boleh mengharapkan sejumlah RM300 juta peruntukan bagi memastikan segala perancangan koridor untuk menjadikan Mersing sebagai bandar eko-pelancongan menjadi kenyataan.
Bertepatan dengan pemilihan sektor pelancongan sebagai teras ekonomi Mersing di bawah ECER, antara pembangunan fizikal yang pasti berlaku ialah pembangunan eco resort di tapak 18 ekar bekas Rumah Persinggahan milik Yayasan Pelajaran Johor berhampiran dengan Hospital Mersing. Selain dari itu pembinaan jalan yang lebih baik untuk memudahkan lagi perhubungan antara daerah ini dengan bandar-bandar utama di sekelilingnya termasuk Kuantan, Johor Bahru dan Kluang.
Meskipun belum diumumkan, satu laluan baru yang menghubungkankan Mersing dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui Kluang dan Kahang akan diwujudkan. Apabila ini berlaku, perhubungan darat antara Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian selatan semenanjung akan menjadi lebih efisen.
Laluan baru yang dicadangkan untuk merancakkan lagi ekonomi kawasan ini ialah menghubungkan Johor Bahru dengan Sedili terus ke Mersing melalui jalan pesisir pantai. Laluan ini dilihat sebagai usaha menarik minat rakyat Singapura yang sememangnya gemar memandu ke Malaysia terutama ke destinasi pelancongan berpantai. Mersing tidak mempunyai jaringan kereta api tetapi boleh berbuat demikian melalui Stesen Kereta Api Kluang yang terletak 90 kilometer ke barat Mersing.Stesen kereta api ini yang paling dekat bagi daerah Mersing.
Selain pulau dan pantai, Taman Negara Endau-Rompin yang juga merupakan hutan simpan tertua dunia terletak dalam daerah Mersing. Ia menawarkan pelancongan berbentuk pengembaraan yang begitu popular di kalangan orang Eropah dan Amerika seperti yang dilihat di Sabah dan Sarawak. Bagi peminat aktiviti lasak, sebuah kem latihan milik Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) juga menawarkan aktiviti Ikhtiar Hidup di hutan dan pusat latihan ini wujud semenjak 1974 di Sekakap.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menerima beberapa cadangan daripada sektor swasta untuk memastikan Mersing benar-benar menepati statusnya sebagai antara destinasi pelancongan utama. Antaranya ialah meluaskan kawasan daratan di Mersing dengan menebus tanah di hadapan bandarnya supaya jeti yang digunakan untuk membawa pelancong ke pulau-pulau berhampiran dapat digunakan sepanjang masa walaupun ketika air surut. Penebusan tanah ini mengambil kira alam sekitar tanpa merosakkan khazanah alam sekitar. Pembinaan lombong emas berkonsepkan eko pelancongan / pendidikan juga sedang dipertimbangkan dan akan menaik taraf status ekonomi di Mersing. Dikatakan bahawa 80 peratus tanah di daerah Mersing mempunyai kandungan emas dan bahan-bahan galian yang berharga.
Ketika ini penggunaan jeti begitu terhad ketika air pasang akibat pemendapan di muara Sungai Mersing. Pembangunan pesat yang bakal berlaku di daerah ini juga dijangka membawa kesan sampingan seperti penghijrahan penduduk luar bandar ekoran peluang pekerjaan yang lebih luas. Dianggarkan terdapat 56,100 peluang pekerjaan wujud menjelang 2020 di Mersing (10% dari jumlah peluang pekerjaan di ECER).
Mersing kini mempunyai kira-kira 83,000 penduduk dengan 65 peratus daripadanya tinggal di kawasan luar bandar.
Rujukan:
* Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
* Wikipedia Bahasa Melayu
* Fotopages.com
Wak pun berasal dari sini cuma wak di senggarang....apa tak ada asal usul senggarang...kalau ada lagi wak suka.
Johor Bahru sendiri x ade ke? Hehehe!
nk gak ak tau pasal daerah johor bahru
Hidden Content
Johor Bahru (juga dieja sebagai Johor Baru dan biasanya disingkatkan menjadi JB) ialah nama ibu negeri Johor dan juga nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan bandar raya kedua terbesar di dalam negara Malaysia selepas Kuala Lumpur.
Jumlah penduduk melebihi 900,000 di kawasan bandaraya (menjangkau 1 juta pada 2010) dan lebih kurang 1.6 juta di daerah metropolitan, Johor Bahru merupakan satu pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama.
Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura. Walaubagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.
Kawasan Johor Bahru
Geografi
Terletak di 1°29'U 103°44'T, bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dari Singapura. Keluasan sebanyak 185 km², daerah metropolitan Johor Bahru dikelilingi tanah pantai yang mengandungi paya dan sistem sungai yang penting seperti Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Tebrau.
Bangunan Sultan Ibrahim
Sejarah
Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari Teluk Belanga di Singapura.
Sultan Abu Bakar berketurunan daripada Temenggong Abdul Rahman, seorang ketua tempatan yang telah menandatangani perjanjian penyewaan pulau Singapura dengan Sir Stamford Raffles dari pihak British pada tahun 1819.
Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan pengusaha-pengusaha British dan Cina untuk melaburkan dalam bidang pertanian di kawasan baginda. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam perancangan bandar kerajaannya. Oleh sebab itu, banyak daripada bandaraya pada hari kini mempunyai nama dan tanda-tanda baginda, seumpamanya Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Abu Bakar.
Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa kesejarahan negara terutamanya penubuhan UMNO (United Malays National Organisation), sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia, pada tahun 1946. Sejak merdeka, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat dibawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia.
Pada 1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya, yang mana Dato' Hashim Yahya menjadi Datuk Bandar Johor Bahru yang pertama.
Kerajaan Daerah
Daerah metropolitan Johor Bahru dibahagikan dan diuruskan oleh majlis-majlis tempatan yang berikut:
- Majlis Bandaraya Johor Bahru
- Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
- Majlis Perbandaran Pasir Gudang
- Majlis Perbandaran Kulai
- Pihak Berkuasa Tempatan Nusajaya
Pada September 2005, kerajaan pusat telah mengumumkan penubuhan Iskandar Malaysia untuk menyeleraskan perancangan dan pembangunan kawasan tersebut. Perbadanan ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman.
Ekonomi
Sebagai salah satu daripada dua pusat bandaraya yang utama di Semenanjung Malaysia (selain daripada Kuala Lumpur dan Pulau Pinang), Johor Bahru adalah pusat perindustrian, logistik dan perdagangan yang penting. Industri-industri utamanya termasuk kilang-kilang elektronik, kilang-kilang membina kapal, dan juga kilang-kilang penapis bahan sumber semulajadi dan bahan kimia daripada petroleum.
Kehadiran syarikat milik Singapura serta rakyat Singapura adalah ketara. Pusat beli-belah yang banyak di Johor Bahru memenuhi keperluar pelancong Singapura yang melawat bandar raya ini untuk membeli-belah atau berhibur, mengambil kesempatan terhadap mata wang Singapura yang lebih kukuh.
Hasilnya, pemandangan aktiviti beli-belah di Johor Bahru adalah sangat pesat bagi sebuah bandar raya yang mempunyai saiz sedemikian. Daerah beli-belah utama terletak di pusat bandar raya, manakala sebilangan pusat beli-belah besar terletak di pinggir bandar raya.
Kawasan perindustrian berat ialah Pasir Gudang dan Tanjung Langsat, yang terletaknya di kawasan metropolitan timur. Ia mengandungi kelompok kilang penapis, kilang memproses kimia, dan kilang membina kapal. Kawasan perindustrian ringan dan sederhana khususnya terletak di Tebrau, Tampoi, Senai, Skudai dan Kulai, iaitu di daerah metropolitan utara dan barat laut.
Johor Bahru menikmati hubungan ekonomi yang rapat dengan Singapura. Ramai penduduk di Johor Bahru bekerja di Singapura berikutan kadar gaji yang lebih tinggi daripada di Malaysia bagi kerja yang sama, sebahagiannya disebabkan nilai Dolar Singapura yang lebih kukuh (secara kasarnya 1 Dolar Singapura bersamaan dengan 2.43 Ringgit Malaysia setakat September 2009). Atas sebab yang sama, ramai warga Singapura melawat Johor Bahru untuk membeli-belah, berhibur dan makan, atau tinggal di sana.
Ramai warga Singapura yang memiliki hartanah, perniagaan serta kilang di Johor Bahru. Dianggarkan seramai 300,000 warga Malaysia bekerja di republik itu dan seramai 150,000 orang menaiki kenderaan berulang-alik untuk bekerja di Singapura.
Di bawah pelan induk Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Bahru dijangka akan berkembang menjadi sebuah kawasan metropolitan besar dengan bilangan penduduk melebihi 3 juta orang menjelang tahun 2025,terbesar yang kedua di Malaysia selepas Lembah Klang. Pertumbuhan penduduk dijangka akan melimpah sehingga ke daerah berjiranan iaitu Pontian dan Kota Tinggi, menghasilkan satu kawasan perbandaran yang boleh jadi lebih besar daripada anggaran pelan induk tersebut, berkemungkinan lebih ganda lima kali saiz Singapura.
Pengangkutan
Daerah Sentral Johor Bahru di bahagian hujung selatan kawasan metropolitan mempunyai dua lebuhraya utama yang menghubungkannya dengan kawasan luar bandar, iaitu:
- Lebuhraya Tebrau yang mengaitkan dengan kawasan timur laut.
- Lebuhraya Skudai dan Jalan Tun Abdul Razak yang mengaitkan dengan kawasan barat laut.
Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Taman Johor Bahru melintas Lebuhraya Tebrau dan Jalan TAR di separuh jalan dan merupakan Jalan Lingkar Pertengahan kawasan metropolitan. Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru membantu dalam pengawalan trafik di Daerah Sentral dan sekelilingnya. Kemasukan ke sistem lebuhraya nasional boleh dibuat melalui Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dengan jalan masuk dan keluar ditempatkan secara strategik di dalam kawasan metropolitan. Tambahan juga, tambak Johor Bahru yang dilengkapkan dengan landasan keretapi dan lebuhraya enam lorong menyambungkan Daerah Sentral dengan negara Singapura. Laluan Kedua Malaysia-Singapura yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Lebuhraya Taman Johor Bahru dan PLUS. Mulai Mac 2008, kerja-kerja pembinaan lebuhraya baru iaitu Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (JB EDL) akan dimulakan. Lebuhraya tersebut akan dapat megurangkan masalah kesesakan lalulintas di Lebuhraya Tebrau.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ditempatkan di bahagian barat laut kawasan metropolitan dan memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan nasional dan wilayah. Lapangan terbang ini juga merupakan lapangan terbang swasta pertama di Malaysia dan satu-satunya lapangan terbang diluar seliaan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Pelabuhan Tanjung Pelepas, yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan, ialah pusat pemindahan yang terbesar di Malaysia, sedangkan Pelabuhan Pasir Gudang di bahagian timur merupakan salah satu pelabuhan komoditi yang utama di Malaysia disebabkan Johor Bahru dilingkari ladang-ladang yang besar. Pelabuhan Tanjung Langsat yang terletak di tenggara metropolitan merupakan pelabuhan perdagangan terbaru dan ketiga di Johor, ia digunakan bagi industri petrokimia, gas dan industri berkaitan.
Serentak dengan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk, Kerajaan Negeri sedang membina sebuah sistem monorel yang dikenali sebagai Monerel JB. Projek fasa satu akan menghubungkan Kompleks Imigresen dan Kastam dengan AEON Tebrau City di Desa Tebrau. Manakala fasa kedua masih dalam perancangan. Selain itu juga kerajaan negeri akan membangunkan sistem keretapi dalam bandar di Nusajaya yang dikenali sebagai Tram. Kerajaan negeri juga bercadang membangunkan Sistem Transit Aliran Ringan bagi menghubungkan kawasan Bandaraya Johor Bahru dengan sekitar kawasan metropolitan antaranya Singapura, Senai, Pasir Gudang, Nusajaya, Skudai, Kota Tinggi dan Gelang Patah. Berkaitan dengan kepesatan pembangunan di wilayah Iskandar Malaysia kerajaan Johor bersama kerajaan pusat serta kerajaan Singapura bercadang membina laluan MRT (Mass Rapid Transit) seperti di Singapura bagi menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands dan seterusnya tempat-tempat di sekitar Singapura yang telah sedia ada, bagaimanapun cadangan ini dalam peringkat perbincangan.
Tempat-Tempat Menarik
Hutan Bandar
Meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemuan JalanTasek Utara dan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5 km dari pusat bandar raya. Atara komponen yang tedapat didalamnya termasuklah Laman Tembusu, Medan Selera, Laman Permainan Kanak-Kanak, Kawasan Tasik, dan Tapak Perkhemahan.
Taman Orkid Johor Bahru
Terletak di dalam kawasan Hutan Bandar ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 10 ekar, mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk seni bina lestari yang berkonsepkan "mesra alam" dan "terbuka".
Laman Merdeka
Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa . Di sini pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melalui komponen pembangunan yang telah disediakan.
Taman Rekreasi Tasik Pandan
Laman Rekreasi ini terletak di Jalan Harmon, Taman Desa Harmon, daerah Johor Bahru berhampiran dengan Ponderosa Golf & Country Club. Laman Rekreasi ini merangkumi kawasan seluas 6.6 hektar (16.3 ekar) dan dilengkapi dengan sebuah tasik seluas 10 ekar yang terletak di tengah laman ini.
Jewel House
"Jewel House" adalah sebuah bangunan satu tingkat menyerupai sebuah banglo besar yang telah direkabentuk dengan mengamil kira iklim tropika di Malaysia. di dalam bangunan kaca dan kayu yang terletak di Taman Orkid seluas 10 ekar ini terdapat galeri utama dan pusat informasi.
Ruang koridor yang luas dan selesa ini adalah elemen rekabentuk utama dan merupakan kawasan pameran dengan beratus-ratus pokok-pokok orkid termasuk yang memerlukan persekitaran redup atau panas. Semua orkid dipamerkan dengan teliti supaya terserlah kecantikan dan keunikan masing-masing. Beberapa orkid yang telah diberi nama-nama kehormat seperti Renantanda Abdul Ghani Othman. Ascocenda Zanariah dan lain-lain juga dipamerkan.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan alam orkid. "Jewel House" menyediakan bilik audio-visual dan pusat informasi untuk mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan orkid. Selain daripada itu, Jewel House juga berfungsi sebagai pejabat pengurusan dan pemasaran orkid dan Persatuan Orkid Malaysia.
Taman Linear
Mula dibina pada 1990, taman ini dibina di Jalan Tun Abdul Razak seluas 5.54 hektar yang bertujuan sebagai tempat beristirehat kepada pengguna jalan raya sebelum meneruskan perjalanan. Jesteru terdapat beberapa pondok rehat serta laluan releksologi disediakan bagi tujuan tersebut. Taman ini turut menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti :
1. Pondok jaga
2. Wakaf rehat
3. Trek berjogging
4. Mini golf
5. Pancutan air
6. Kandang permainan
7. Tandas awam
Pantai Stulang
Pantai Stulang terletak di Jalan Stulang Laut telah sekian lama menjadi tarikan kepada warga kota yang gemar melakukan aktiviti berternakan air seperti berkelah mandi-manda, luncur angin, skuter air dan kapal layar. Keadaan semulajadi Pantai Stulang menjadikan ia tumpuan utama kepada penggemar sukat laut. Warga kota juga boleh bersia-siar di pusat membeli-belah Kompleks Bebas Cukai yang terletak tidak jauh dari pantai ini.
Persiaran Meldrum
Jalan Meldrum dinamakan Dato' Meldrum (1821-1904), seorang Scotland pertama telah membuka kilang papan di muara Sungai Segget (berdekatan Kompleks Kastam sedia ada, di jalan Sawmill). Pembalakan merupakan industri pertama Johor Bahru pada ketika itu, Jalan Meldrum terletak di tengah-tengah kawasan yang pernah dikenali sebagai Kampung Wong Ah Fook dan Jalan Meldrum telah dinamakan sempena dengan nama anak-anaknya iaitu Siew Nam, Siew Koon dan Siew Chin.
Sebagai "Pedestrian Mall" menyediakan laluan terbuka untuk kemudahan para pengunjung serta diperindah dengan landskap yang menarik di mana pelancong dan penduduk tempatan dapat bersantai di "side walk cafe" dan berhibur dengan persembahan kebudayaan dan artis jalanan.
Legaran Segget
Konsep pembangunan Legaran Segget adalah sebagai "Pedestrian Mall" yang menyediakan laluan hijau yang selesa ,selamat dan berinformasi yang bertemakan "Creating Human Experience" melalui elemen-elemen pembangunan yang dicadangkan.
Selain menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat Legaran Segget menyediakan ruang untuk pengunjung bandaraya bersantai, berhibur, makanan, maklumat, keselesaan dan mengingati semula sejarah di Sungai Segget.
Legaran Tan Heok Nee
Seiring dengan misi untuk menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah "Bandar Dalam Taman" menjelang tahun 2005. Legaran Tan Hiok Nee telah direka dengan berkonsepkan "Pedestrian Mall" yang mesra pengguna. Konsep ini adalah untuk mengimbas semula nama Tan Hiok Nee sebagai seorang saudagar kain di Singapura sebelum menjadi seorang saudagar lada hitam & cengkih yang berjaya di Johor Bahru.
Selain itu, pembangunan Legaran Tan Hiok Nee adalah untuk mewujudkan satu jalinan pejalan kaki yang selesa, bersih dan teratur yang menghubungkan kawasan perniagaan di Jalan Wong Ah Fook sehingga ke Jalan Dato' Onn di hadapan Bangunan MBJB dan Pejabat Pos. Selain itu , pembangunan ini adalah untuk merancakkan semula aktiviti-aktiviti perniagaan seterusnya menjadi pusat tumpuan kepada para pengunjung.
Danga Bay
Semarak dengan aktiviti bertenaga dan penuh dengan kemeriahan yang tidak tertanding, Danga Bay menawarkan pengalaman unik yang mengesankan. Dengan kawasan seluas 1800 ekar dan persisiran pantai sepanjang 25 km. Danga Bay adalah sebuah pembangunan bersepadu persisiran pantai yang menggabungkan pusat kewangan, komersial, hiburan, pelesiran dan pusat kegiatan mesra keluarga yang unggul di Johor. Ia adalah sebuah Bandar dalam Bandar dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia. Terletak hanya 5km dari Bandar Johor Bahru, Danga Bay telah menarik ramai warga tempatan dari seluruh Malaysia.
Sumber:
wikipedia.org
mbjb.gov.my
dua artikel yang sama pasal jb?
aku kasi delete salah satu yek. =P
anyway, aku cam nak ke kota tinggi laa.
lepak2 kat sana sambil jumpa kawan wifey aku.
info2 tempat menarik ko kasi tu cukup2 berguna. =)
dah alang2 sampai kota, roger la kawan.. bley bawak mkn sodap2 =P
Asal sultan..yang masa mula2 jadi sultan..tahun tak tahu plak..pada zaman dahulu..belum ada sultan atau pemerintah..orang2 kampung hidup biasa jer..kemudian datanglah lanun2 tinggal di kampung masing2..masa tu..org kampung tak kisah pun tentang lanun2 nie..janji tak kacau diorg pun udahlah..lanun2 nie pun lindung org2 kampung nie gak..dpt la hidup aman damai dari lanun2 lain.
Tengok lanun ne..org kpg mmg kagum..dengan rumah yang besar dan kekayaan yang banyak..lalu mereka lantik lanun nie menjadi ketua tempat mereka..dan seterusnya menjadi sultan dan raja masing2..
Ikut cerita Merongmahawangsa KRU..
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks