Aznoor's jBlog
Suratan Atau Kebetulan
Wed Jan 28, 2009 9:55 am
[ Mood: Cool ][ Currently: Working ]
Beberape tahun dahulu, ade seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dijemput ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatut nya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanye kepada dirinye. "Ah... syarikat bas ni dah kaye... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tibe di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun daripada bas, tibe-tibe seakan-akan dirinya secare automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saye wang baki terlebih 20 sen", kate Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
Pemandu bas tersebut berkate "Owh... terima kasih aji! Apa Pasal aji pulangkan ini duit 20 sen.. 20 sen tara banyak punya", Imam tersebut pun menjawab, "Wang tersebut bukan milik saye, sebagai seorang muslim saye wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkate, "Sebenarnya saya sengaja juga bagi ini wang lebih 20 sen sama aji, saya mau uji kejujuran itu Islam punya orang. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual Islam dengan nilai 20 sen!.. Dan aku hampir menjadi penyebab untuk India itu terus Kafir...
[b]
The Trackback URL for this entry is:
http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/trackback.php?e=62
| Author |
Message |
| There are no replies for this entry. |
|
Post a Reply
Jiwang! Forum Index
-> jBlogs
-> Aznoor's jBlog
-> Suratan Atau Kebetulan
|
|
|