+ Reply to Thread
Results 1 to 8 of 8

Thread: Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik

  1. #1
    gomen's Avatar
    gomen is offline Junior Member iTrader 0
    Join Date
    13 Apr 2012
    Posts
    44
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik

    Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang digelar sebagai Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh pihak British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

    Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang senang. Ini kerana ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada tahap yang tersendiri. Prosedur pemilihanya merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu bergelar pegawai PTD harus menempuhi 3 tahap ujian yang bertujuan menguji kemahiran dan ilmu yang dimiliki.

    Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan PTD, mungkin wujud ‘kepincangan’ kelulusan akademik anda. Jika lulus dan layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan pengetahuan yang secukupnya kerana exam ptd memerlukan pemahaman dan kesedaran tentang kepentingan maklumat dan berilmu pengetahuan yang jitu. Dalam erti kata lain, anda perlu peka dengan sebarang isu semasa dalam / luar negera dan perlu banyak membaca bagi memantapkan ilmu pengetahuan. Itulah persediaan utuh dalam laluan menggapai jawatan yang digelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

    Info rujukan :

    Pegawai Tadbir Dan Diplomatik | jawatankerajaan.com.my
    Last edited by gomen; 14th February 2013 at 05:41.

  2. #2
    gomen's Avatar
    gomen is offline Junior Member iTrader 0
    Join Date
    13 Apr 2012
    Posts
    44
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    Terdapat ramai tokoh terkemuka negara terdiri dari kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
    Mereka terkenal kerana sumbangan dalam bidang baik pengurusan dan pentadbiran mahupun
    yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan juga politik. Antara tokoh PTD yang
    memberikan sumbangan besar kepada negara adalah seperti :

    Tan Sri Abdullah Salleh
    Tan Sri Ahmad Sarji b Abd Hamid
    Tan Sri Halim Ali
    Tan Sri Samsudin Osman
    Dato’ Seri Shahidan Kasim
    Tan Sri Razali Ismail


    info dari :

    SPA8 Online dot com

  3. #3
    gomen's Avatar
    gomen is offline Junior Member iTrader 0
    Join Date
    13 Apr 2012
    Posts
    44
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dijadualkan pada 12.05.2012 berdasarkan jadual peperiksaan 2012 yang dikeluarkan oleh pihak SPA. Untuk entri kali ini kami akan menerangkan serba ringkas tentang peperiksaan PTD.

    Tujuan peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) ini adalah untuk mengukur daya / tahap pemikiran dan kebolehan calon yang dipanggil mengaplikasikan maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Seperti yang anda semua tahu jawatan PTD adalah pegawai terbuka yang mana tidak memerlukan ijazah yang khusus untuk memohon. Semua lepasan ijazah yang diiktiraf kerajaan boleh memohon jawatan ini. Jadi soalan dalam peperiksaan ini merangkumi pelbagai bidang dengan skop yang luas.

    Matlamat peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M41.

    Peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting kerana mengukur kebolehan calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

    Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.


    info dari :

    Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 | jawatankerajaan.com.my
    Last edited by gomen; 14th February 2013 at 05:42.

  4. #4
    gomen's Avatar
    gomen is offline Junior Member iTrader 0
    Join Date
    13 Apr 2012
    Posts
    44
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    Salam 1 Mei 2012 - Hari Pekerja buat sahabat forum semua,

    Berdasarkan takwim dr pihak SPA pd 12.05.2012 akan berlangsung seisi peperiksaan bertulis utk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

    Calon-calon yg layak telah menerima surat panggilan utk exam tersebut.

    Info tentang exam ptd 2012 :

    Salah satu peperiksaan yang menjadi tumpuan sepanjang Mei 2012 ini adalah peperiksaan bertulis bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 yang dijadualkan berlangsung pada 12.05.2012.

    Anda dipanggil untuk peperiksaan bertulis PTD pada 12.05.2012? Entri ini akan menerangkan secara ringkas tentang peperiksaan bertulis PTD dan aspek-aspek lain yang berkaitan. Bagi lulusan ijazah sarjana muda, anda berpeluang menempatkan diri anda di sektor Perkhidmatan Awam dengan tangga gaji Gred 41. Tetapi adakah anda tahu di antara kebanyakan skim Gred 41 yang memliki beberapa kelebihan dari aspek gaji dan lain-lain aspek adalah Gred M41 – Pegawai Tadbir Diplomatik atau lebih dikenali dengan singkatan PTD. PTD dilihat sebagai satu jawatan ekslusif dalam perkhidmatan awam. Ianya juga satu-satunya laluan untuk anda bergelar Ketua Setiausaha Negara (KSU) – jawatan nombor 1 dalam sektor awam dan bakal menerima gaji tertinggi. Untuk menaiki ‘takhta’ ini anda perlu bermula dengan Gred M41. Untuk bermula dengan Gred M41 pula, anda perlu lulus peperiksaan bertulis PTD.

    Untuk lulus peperiksaan bertulis PTD anda akan melalui 3 tapisan yang melibatkan ujian bertulis, ujian fizikal di Assessment Center dan temuduga pada seisi akhir. Prosedur pengambilan untuk jawatan ini cukup ketat dan sukar. Tambahan pula saingan cukup sengit dengan permohonan yang cukup tinggi melebihi 40,000 saban tahun. Peperiksaan ini meliputi skop yang luas dan anda perlu melakukan persediaan rapi jika benar-benar ingin berjaya. Tanpa persediaan rapi anda tak mampu ‘menyaingi’ calon-calon lain dan kemungkinan untuk anda gagal adalah tinggi. Majoriti calon yang gagal adalah kerana tiada rujukan lengkap dan efektif menerangkan secara khusus tentang peperiksaan bertulis PTD.

    Sekiranya anda ingin membuat persediaan agar lulus dan berjaya dalam peperiksaan bertulis PTD, anda disyor mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Gred M41. Ianya satu-satunya rujukan spesifik untuk anda dalam merancang persediaan menghadiri peperiksaan bertulis tersebut. Calon bakal melalui ujian yang merangkumi semua aspek cabang ilmu pengetahuan, kemahiran dan analitikal. Proses pemilihan yang ketat bagi memilih seorang pegawai yang berkaliber, berketrampilan, berprestasi tinggi, berkualiti, efisein, pro-aktif dan mampu berkhidmat dengan cemerlang. Calon yang menunjukkan prestasi tinggi dan cemerlang sahaja mampu lulus peperiksaan bertulis PTD dengan jayanya.

    info dari :

    Pegawai Tadbir Dan Diplomatik | jawatankerajaan.com.my
    Last edited by gomen; 14th February 2013 at 05:43.

  5. #5
    gomen's Avatar
    gomen is offline Junior Member iTrader 0
    Join Date
    13 Apr 2012
    Posts
    44
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    alam 1Malaysia buat semua warga forum,


    Pihak SPA telah pun mengumumkan calon
    yang layak untuk menduduki peperiksaan
    bagi jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik
    Gred M41
    .


    Semakan layak exam PTD boleh dibuat melalui
    Portal SPA :

    SEMAKAN LAYAK EXAM PTD 2012


    Tahniah pada yang layak.


    Exam PTD dijadualkan berlangsung pada 12.05.2012.


    Good Luck buat semua calon yang layak.


    Artikel tentang format & contoh soalan boleh rujuk sini :

    Format & Contoh Soalan Exam PTD
    Last edited by gomen; 14th February 2013 at 05:43.

  6. #6
    gomen's Avatar
    gomen is offline Junior Member iTrader 0
    Join Date
    13 Apr 2012
    Posts
    44
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    pada yg dipanggil exam PTD pada 12 Mei 2012, tahniah diucapkan..

    yg belum check layak menduduki exam ni bleh check kat portal SPA

    ==> SEMAKAN LAYAK EXAM PTD 2012

    ada masa lebih kurang 10 hari lagi sebelum exam PTD berlangsung..

    pada yg layak boleh gunakan masa yg ada utk buat persediaan..

    kat sini saya listkan secara ringkas format exam PTD ...


    Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.

    Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

    Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.

    Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.

    Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.


    penjelasan lengkap beserta contoh soalan setiap seksyen boleh rujuk pada laman blog SPA8Online

    ==> Format & Contoh Soalan PTD
    Last edited by gomen; 14th February 2013 at 05:44.

  7. #7
    gomen's Avatar
    gomen is offline Junior Member iTrader 0
    Join Date
    13 Apr 2012
    Posts
    44
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    Salam semua..

    Rakan-rakan yang layak ke seisi exam PTD 2012 tentunya sedang buat persediaan..semoga dipermudahkanNYA + dapat membuat persediaan sebaiknya untuk exam pada 12-05-2012 nanti..

    disini saya kongsikan 6 tips persediaan menjelang seisi exam PTD..harap ianya dapat membantu..

    1-Dapatkan panduan & rujukan EFEKTIF yang TERBUKTI mampu membantu anda untuk membuat persediaan menghadapi seisi exam nanti. Pilihan terbaik yang disyorkan adalah Pakej Panduan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik terbitan Team TipsPTD. Pakej ini telah terbukti mambantu ribuan calon LULUS exam PTD sejak tahun 2009. Tambahan pula kandungannya meliputi semua aspek serta seksyen yang terdapat dalam seisi peperiksaan PTD. Ianya juga dikemaskini dari masa ke semasa.

    2-Persediaan anda haruslah meliputi semua seksyen yang bakal anda lalui semasa seisi exam tersebut. Entri sebelum ini menyentuh tentang format dan contoh soalan peperiksaan PTD.
    Secara ringkas terdapat 6 seksyen dalam peperiksaan PTD :

    Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
    Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
    Seksyen C – Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
    Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
    Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
    Seksyen F – Sahsiah Diri

    Persediaan anda haruslah memperkemaskan penguasaan terhadap kesemua seksyen. Elakkan sama sekali hanya menumpukan kepada seksyen tertentu sahaja dengan mengabaikan seksyen lain.

    3-Jadilah bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang berpengetahuan ilmiah dan peka dengan isu-isu semasa. Perkembangan semasa samada dalam atau luar negara haruslah anda ketahui. Sumber pembacaan melalui suratkhabar atau internet. Saya yakin ramai calon-calon exam PTD 2012 ini yang berada dalam generasi IT dunia tanpa sempadan. Perpustaan ‘maya’ boleh dilayari dihujung jari. Jangan jadi seperti ‘katak bawah tempurung’ yang terkurung dalam dunia sendiri.

    4-Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya menjelang hari peperiksaan pada 12-5-2012 nanti. Jangan abaikan aspek kesihatan diri. Pastikan anda dalam keadaan segar dengan minda yang cergas untuk ‘bertarung’ dalam exam tersebut. Berada dalam keadaan bersemangat untuk menampilkan prestasi terbaik!

    5-Buat calon beragama Islam buatlah solat hajat memohon padaNYA agar dipermudahkan perancangan dan persediaan untuk LULUS dalam exam pada 12-05-2012 nanti dan bakal bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik. Usaha dan bertawakal padaNYA. Calon beragama lain juga boleh memohon kejayaan mengikut cara masing-masing.

    6-Mohon doa dan restu dari kedua ibu-bapa atau keluarga anda. Jika tinggal berjauhan, buatlah panggilan kepada ibu-bapa anda. Mohon doa dan restu dari mereka. Elemen ini (iaitu doa dan restu kedua ibu-bapa) ada ketika seakan diabaikan oleh kebanyakan generasi hari ni. Sukar untuk kita semua sebagai anak menidakkan peri pentingnya restu dari ibu-bapa kita. Insya-allah ianya sesuatu yang amat bernilai secara tersiratnya.


    untuk info berkaitan peperiksaan PTD boleh rujuk laman blog Panduan Peperiksaan & Temuduga Jawatan Kerajaan
    Last edited by gomen; 14th February 2013 at 05:45.

  8. #8
    gomen's Avatar
    gomen is offline Junior Member iTrader 0
    Join Date
    13 Apr 2012
    Posts
    44
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    Salam 1Malaysia..

    Di sini saya kongsikan tips persediaan bagi
    menjawab seksyen E - Bahasa Inggeris yang
    bakal dihadapi oleh calon-calon exam PTD
    pada 12 Mei 2012 ini..

    Di sini saya kongsikan tips persediaan untuk
    menjawab Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
    Kebanyakan rakan-rakan saya yang pernah ke
    exam ini tidaklah menguasai sepenuhnya bahasa
    Inggeris, tetapi masih mampu melepasinya dengan
    membuat persediaan untuk menjawab soalan di
    seksyen E. Ramai juga calon yang ‘tersangkut’ di
    seksyen E ini.

    Untuk Seksyen E – Ada 3 soalan dan calon perlu
    menjawab 1 soalan. Peruntukan masa untuk menjawab
    soalan ini adalah 1 jam.


    =======================================
    PANDUAN ESEI BAHASA INGGERIS
    =======================================


    Panduan bagi menjawab soalan esei bahasa Inggeris
    adalah seperti berikut :

    1-Calon perlu menghasilkan esei bahasa Inggeris yang
    disusun kemas, jelas dan teratur. Pastikan esei tersebut
    mudah difahami.
    2-Kapasiti esei anda haruslah sekitar 200-300 patah
    perkataan..
    3-Esei anda janganlah terlalu panjang dan berjela-jela.
    Pada masa yang sama pastikan pengurusan dan peruntukan
    masa yang tepat untuk menyelesaikan jawapan di seksyen E ini.
    4-Pastikan esei anda mempunyai format yang tersusun dan mudah
    difahami. Perlu ada pengenalan, isi, huraian, contoh serta
    kesimpulan / penutup.

    Rujukan contoh karangan PMR atau SPM pun berguna untuk
    mengetahui struktur dan format bagi penulisan esei. Untuk
    seksyen ini sebanyak 20 markah diperuntukan. Jadi jangan
    biarkan 20 markah itu ‘hilang’ dari genggaman anda. Teruskan
    berusaha memperbaiki apa jua kelemahan menjelang seisi exam
    PTD pada 12 Mei nanti.

    Untuk lain-lain info berkenaan format + contoh soalan
    exam PTD boleh rujuk link di bawah :

    www.jawatankerajaan.com.my
    Last edited by gomen; 14th February 2013 at 05:46.

Similar Threads

  1. Sony Corp : PS2 dan PS3
    By leedia in forum GamerZ
    Replies: 376
    Last Post: 1st June 2011, 20:03
  2. Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah
    By nanang1598 in forum Classified Ads
    Replies: 0
    Last Post: 3rd November 2010, 11:01
  3. [kisah] Pelancong korea dan pegawai imigresen
    By katakcomey in forum Jiwang Groups
    Replies: 17
    Last Post: 6th May 2010, 13:48
  4. Yang anggun, pelik dan jelik di 'Red Carpet' AJL23
    By pie_ruz in forum Gossip Artis Malaysia
    Replies: 29
    Last Post: 3rd April 2009, 02:12
  5. Orang Asli dan Polis
    By hafizi01 in forum Jiwang Groups
    Replies: 10
    Last Post: 23rd July 2008, 00:56
+ Reply to Thread

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Visitors Landed Here Searching For

contoh soalan peperiksaan perkhidmatan awam

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •