freakapunk_kid88 suh post pasal benda ni.. aku tak abis baca lagi artikel ni sebenarnya..[size=xx-large]Contact Lense, Risiko & Kebutaan[/size]
KANTA lekap - kanta yang dipakai terus pada mata bagi memperbetulkan kecacatan refraksi. Secara amnya, terdapat tiga jenis kanta lekap iaitu keras, separa keras dan lembut.
Kanta lekap digunakan terutamanya untuk menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan tetapi ia mungkin juga digunakan untuk perlindungan dalam beberapa jenis penyakit kornea.
Selain berperanan besar sebagai alternatif dalam membantu gangguan penglihatan, pemakaian kanta lekap bagaimanapun mempunyai risikonya yang tersendiri jika tidak betul cara-cara penggunaannya.
Ada sejumlah penyakit yang menyerang si pemakai.
1) Gangguan kesihatan mata yang sering terjadi adalah iritasi (kegatalan) disebabkan oleh jangkitan mata.
2) Bahkan ada yang mengalami kebutaan disebabkan oleh infeksi tersebut,'' katanya.
Menurutnya, sebahagian besar jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak baik.
Justeru, bagi mereka yang memilih untuk memakai kanta lekap, tiada perkataan malas dalam hidup mereka.
Di samping itu, pemakai juga hendaklah mendisiplinkan dirinya agar aspek kebersihan mata, malah tangan dan udara di sekelilingnya, benar-benar terjaga.
Salhanizatul menjelaskan, tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria yang turut masuk ke dalam mata.
``Pada dasarnya, kanta lekap adalah menempelkan benda asing ke mata.
``Dengan demikian, ia berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersihkan mahu pun ditanggalkan sebagaimana waktu yang telah ditentukan,'' katanya.
Jelasnya, mata juga memerlukan oksigen.
Pada malam hari, kadar oksigen akan berkurangan sehingga satu pertiga ketika mata tidak berada dalam keadaan tidur pada siang hari.
Sehubungan itu juga, lapisan permukaan mata cenderung mengalami pembengkakan terutamanya pada waktu pagi.
Ini kerana, mata lebih mudah tergores, teriritasi oleh kanta lekap dan biasanya mula menunjukkan gejala-gejala mata merah.
``Kalau nampak mata merah sahaja, terus tanggalkan kanta lekap kerana jika tidak, mata berpotensi dijangkiti kuman.
``Jika kuman pula kebetulannya dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata akan bertukar putih dalam masa 24 jam,'' katanya.
Kanta lekap yang dibawa tidur, tambah Salhanizatul, ternyata mudah mengakibatkan komplikasi dan amat disarankan agar ia ditanggalkan terlebih dahulu.
Di samping itu, penularan jangkitan kornea mata juga boleh bersumber daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan selama berhari-hari dan menjadi tempat pembiakan bakteria.
Berikut adalah beberapa komplikasi akibat pemakaian kanta lekap:
* Superficial punctate keratitis (SPK): Permukaan kornea mata rosak. Biasanya disebabkan oleh pemakaian yang terlampau ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.
Gejalanya: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (fotofobia), dan adanya bintik-bintik di kornea mata.
Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.
* Alahan: Radang atau iritasi kerana dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
Gejala: Rasa gatal, mata merah, hingga kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
Rawatan: Hindari penyebab alahan, menghilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Apabila terjadi keradangan, ubat antiradang boleh diberikan manakala alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamin.
* Sindrom mata kering (keratoconjunctivitis sicca): Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah.
Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
Gejalanya: Mata seperti terbakar, air mata sering keluar, dan cairan di mata berlebihan.
Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.
* Kornea edema: Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
Gejala: Fotofobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah, tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan, pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul SPK.
Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.
* Infiltrates: Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, fotofobia dan timbul bintik putih di mata.
Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap semasa sedang aktif, kerap menggantikan kanta lekap, antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.
* Jangkitan: Kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.
* Microbial keratitis: Masuknya organisme berbahaya dalam kornea mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus hingga mengakibatkan pembengkakan.
Gejala: Sakit pada mata, fotofobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.
* Vaskularisasi kornea: Pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.
Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.
l Giant papillary conjunctivitis (GPC): Keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.
Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak bengkak.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.
Justeru, kata Salhanizatul, mencegah timbulnya komplikasi akibat pemakaian kanta lekap adalah jauh lebih baik daripada mengubati.
``Setiap individu yang memakai kanta lekap berpotensi menghidapi komplikasi-komplikasi tersebut sekiranya penjagaan kanta lekap dipandang remeh.
``Oleh itu, kekerapan membersihkan kanta lekap serta jangka masa pemakaiannya sebagaimana yang disarankan perlulah dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemungkinan. Sayangilah mata anda,'' katanya.
Tip membersihkan kanta lekap:
* Cuci tangan sebersih-bersihnya dan keringkannya terlebih dahulu sebelum menyentuh kanta lekap
* Gantikan kanta lekap sebaik mata mulai berasa tidak selesa kerana ia menjadi petanda kanta sudah berada dalam keadaan yang tidak baik untuk membantu penglihatan
* Jangan sembarangan memakai larutan pembersih kerana produk pembersih yang tidak tepat dapat membahayakan mata
* Sewaktu membersihkan kanta lekap, gosok dengan hati-hati. Letakkan kanta di telapak tangan anda dan usap secara perlahan-lahan
* Simpan kanta lekap di tempat penyimpanan khusus yang sedia mengandungi agen pembasmi kuman, disinfektan
* Jangan biarkan mulut botol pembersih tersentuh sebarang permukaan lain atau dibiarkan terbuka untuk menghindari pencemaran.
sumber![]()
huh...
ni yg ak cuak ni..
2,cmne kembar ak nk men bola skali ngn ak..
xbez dah la..huhu
ko nih sengal la..leh mention lak ak soh post..
x de la..ak soh ko post...sbb roomate ak de kene..infection kt mate.. ak x pasti sbb pe..tp die mmg de pkai contact lens. smpai mate die bengkak n..cm x leh bkk.. sbb tuh ak soh ko post..so, ak leh tau serba sikit risiko pkai contact lens..
hahahhaha....Originally Posted by freakapunk_kid88
pakai contact lens ni memang banyak risiko.. tapi kalau ko rajin insya allah slamat... asal basuh tangan dulu.. simpan pencuci tu baik2... pakai baik2...Originally Posted by freakapunk_kid88
kembar ko rabun ke.. tapi ko tak ek??Originally Posted by astrone
Originally Posted by al_shabab
mmg pkai contact lens byk risko nye. tp kalo ko rabun n perna pkai contact lens, ko leh rse la..betape bersyukur nye leh dpt rse mempunyai mata normal wat mse 8 hingga 10 jam sehari. x perlu bergntung kpd cermin mate slalu.
anyway, sbena nye ak soh ko post de sbb. ak nk tye, kalo kene infection dr pemakaian contact len yg x bpe nk btol, leh ke..org len..kene infection tuh gak..secara langsung?![]()
aku pernah pakai.. tapi aku tak bape suke... ada certain jenama jek yang betul2 nipis n best...Originally Posted by freakapunk_kid88
infection secara langsung? maksudnye kalau ko tukar2 pakai ke?? huhu...
pakai contact lens ni memang banyak risiko.. tapi kalau ko rajin insya allah slamat... asal basuh tangan dulu.. simpan pencuci tu baik2... pakai baik2...Originally Posted by al_shabab
[/quote]
ye..betul2..niena pkai contact lens dh 3bulan..alhmdllh ok je..
mmg niena sgt2 m'jg kbrsihan..nk pkai cuci tgn,nk bkk pn cci tgn..
contact lens 2 pn niena cuci brsih2..
bab,skrg ni bnyk contact lens dijual secara online..jenama bkn drpd
jenama yg familiar..smue madi in korea.japan or china..bley pcye ke cntct lens mcm ni?hrge die murah..2 agk mragukn la..lg2 bli scre online..
skrg ni niena tgh risau tgk mmbe2..smue nk pkai cntct lens..
tp x reti nk jg..tgn ktor2 pn pkai..ble niena ckp & nshat,dorg x nk dgr..
niena grm sgt2 dgn dorg..niena syg dorg,x nk mte dorg rosak..
tp dorg dgil..
huhu.. tak tau sangat la pasal ni niena.. sebab tu tak jawab.. hehe..Originally Posted by niena_sofea
tak pernah terbaca lagi pasal efek bahan lense tu terhadap mata..
maybe bleh buat allergic reaction ke, ape ke.. ntah la..
kadang2 murah belum tentu tak bagus kan..
mahal dah tentu bagus.. hehe...
tak dapat menjawab..
[hr]
baca kat sini cam takde effect kalau pakai bahan yang berbeza.. tapi tak tau la research ni bleh caye ke tak..Effects of different contact lens materials and contact lens-wearing periods on conjunctival cytology in asymptomatic contact lens wearers.
Tomatir DK, Erda N, Gürlü VP.
Department of Ophthalmology, Faculty of Medicine, Trakya University, Edirne, Turkey.
PURPOSE: To investigate the conjunctival cytologic changes induced by different contact lens materials and contact lens-wearing periods in asymptomatic contact lens wearers. METHODS: Seventy-five patients (150 eyes) who were to wear contact lenses for the first time were evaluated in this study. Forty eyes of 20 soft hydroxyethylmethacrylate (vinyl pyrrolidone copolymer) contact lens wearers, 70 eyes of 35 soft Polymacon contact lens wearers, and 40 eyes of 20 hard gas-permeable contact lens wearers used the lenses on a daily-wear basis. Conjunctival cytologic changes were investigated by using impression cytology. Impression cytologic samples were obtained before contact lens fitting and after contact lens wear (mean evaluation time, 6.9 +/- 2.6 months; range, 4-12 months). The samples were appropriately stained and were assessed by using the Nelson grading system and for the presence of snakelike chromatin. The Kruskal-Wallis test, the Wilcoxon test, and logistic regression were used for statistical analysis. RESULTS: There were statistically significant differences in impression cytologic findings for all three materials before versus after contact lens wear (P=0.00, P=0.00, P=0.00, Wilcoxon test). The contact lens-wearing period produced a statistically significant effect on conjunctival cytologic changes and snakelike chromatin formation (P=0.00, P=0.00, logistic regression analysis), but the effects of different contact lens materials were insignificant (P=0.88, P=0.62). CONCLUSIONS: Conjunctival cytologic changes occurred in asymptomatic contact lens wearers and were related to the duration of lens wear. For this reason, asymptomatic contact lens wearers may be followed up because of conjunctival cytologic changes.
dulu, mak ak pernah tegur anak murid dia pakai contact lens..1st sekali, budak lagi, xpandai nak jaga sgt..2nd sbab banyak pakai duit...then budak tu balas, "alah, murah jer cikgu, berapa ringgit jer sepasang"....then es0knya, terus kena infection..teruk la jugak..Originally Posted by niena_sofea
mungkin dia kena infection smada dia xpandai jaga kebersihan o contact lens tue yg x berkualiti...tapi yang murah2, ni agak was2..
tapi, ak mmg xnk n xakan pakai contact lens sbb malas tu ad dalam kamus hidup ak..
Originally Posted by al_shabab
tak salah kalau nak try skali skala.. keke..[hr]Originally Posted by kuciku
[size=x-large]Kanta Sentuh Berwarna/Kosmetik[/size]
Dewasa ini terdapat pelbagai jenis dan jenama kanta sentuh berwarna (contact lenses) di pasaran. Tujuan pemakaian kanta sentuh telah beranjak daripada hanya untuk membetulkan kesalahan refraksi, iaitu sebagai alternatif kepada cermin mata, kepada sebagai alat kosmetik yang mampu mengubah bukan sahaja wajah malah penampilan seseorang.
Kanta sentuh berwarna merupakan kanta sentuh istimewa yang berbeda daripada jenis biasa yang digunakan untuk tujuan refaktif. Ia dapat dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan jenis aplikasinya iaitu :
* kanta sentuh berwarna 'mudah kelihatan'
* kanta sentuh berwarna 'kosmetik'
* kanta sentuh berwarna 'terapeutik'
Kanta sentuh berwarna 'mudah kelihatan'
Pemakai kanta sentuh akan lebih mudah untuk mengendalikan kanta sentuh ini terutamanya ketika pemakaian, pengeluaran daripada mata mahupun pencucian kerana sekiranya ianya diberikan sedikit pewarnaan. Risiko kerosakan atau kehilangan kanta sentuh ini juga dapat dikurangkan kerana ia mudah dilihat untuk dikendalikan. Kanta sentuh berwarna ini juga akan lebih mudah untuk dilihat atau dikesan apabila diletakkan di hujung jari. Meskipun memiliki warna pudar, kanta sentuh ini mudah dibezakan daripada latar belakang putih pada bekas penyimpanan kanta sentuh biasa dan oleh itu senang dikeluarkan daripada bekas tersebut. Di samping itu, adalah lebih mudah untuk mengesan kanta sentuh yang tidak berada di kornea atau tengah mata sekiranya ia berwarna kerana ia dapat dibezakan menerusi kontras di antara kanta sentuh berwarna tersebut dan latar belakang konjuktiva (bahagian putih) mata.
Oleh kerana kanta sentuh ini adalah lebih mudah untuk dikendalikan berbanding dengan kanta sentuh tanpa warna, para optometris dan pakar penjagaan mata mendapati bahawa ianya amat berguna terutamanya bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba kanta sentuh, kanak-kanak, mereka yang berusia lanjut, mereka yang bermasalah penglihatan dekat mahupun penglihatan terhad serta mereka yang berpengalaman dalam menghadapi masalah pengendalian kanta sentuh sebelum ini seperti sering mengalami kehilangan atau kerosakan kanta sentuh.
![]()
[size=x-small]Kanta sentuh berwarna biru pudar yang mudah dilihat untuk pengendalian [/size]
Kanta berwarna 'kosmetik'
Bahagian mata manusia normal yang mengelilingi anak mata (pupil) dan memiliki warna-warna tertentu dikenali sebagai iris. Majoriti penduduk Asia memiliki iris berwarna coklat terang atau gelap dan kadangkala menyukarkan pemerhati untuk membezakan iris ini dengan pupil yang sememangnya berwarna hitam.
Namun bagi bangsa-bangsa di barat dan timur tengah umpamanya, warna iris ini boleh terdiri daripada beberapa warna seperti hijau, biru dan kelabu. Kecenderungan untuk memiliki warna iris berlainan daripada warna asal demi penampilan berbeza inilah yang mendorong kepada penghasilan kanta sentuh berwarna kosmetik ini. Penggunaan kanta sentuh kosmetik ini telah menjadi sebahagian daripada aksesori perhiasan diri terutamanya di kalangan remaja dan generasi muda.
Kanta sentuh berwarna kosmetik ini mampu menyerlahkan kecantikan mata seseorang menerusi mekanisma perubahan atau pencerahan warna iris. Keadaan ini boleh berlaku kerana kanta sentuh ini mampu menyerap warna yang memiliki jarak gelombang berbeza. Kesan warna pada kanta sentuh sebegini tidak dapat dilihat melainkan setelah dikenakan ke atas mata seseorang. Kombinasi di antara warna iris dan jenis pencahayaan mampu mempengaruhi penampilan mata. Warna iris coklat gelap umpamanya boleh diubah oleh kanta sentuh kosmetik gelap dan bukannya kanta berwarna pudar bagi melindungi keseluruhan bahagian iris. Iris berwarna kelabu akan kelihatan lebih cantik dengan kanta sentuh kosmetik biru atau hijau. Iris coklat terang pula dikatakan sesuai dengan kanta sentuh kosmetik hijau.
![]()
[size=x-small]Pelbagai warna kanta sentuh kosmetik yang mampu mengubah penampilan[/size]
Kanta sentuh berwarna kosmetik ini pada kebiasaanya diwarnakan di bahagian iris dan tidak menutupi bahagian pupil. Keadaan ini dapat memberikan kesan kosmetik secara natural menerusi perubahan pada warna iris. Oleh itu kanta sentuh ini turut menarik perhatian mereka yang tidak memerlukan pembetulan ralat refraksi.
Persepsi bahawa kanta sentuh berwarna telah menjadi aksesori fesyen dan bukan hanya kanta pembetulan harus diberi perhatian oleh para pakar penjagaan mata atau optometris. Namun para pemakai kanta sentuh dengan tujuan kosmetik ini harus diberikan penerangan terperinci tentang cara pemakaian, pengeluaran daripada mata serta aspek penjagaan kebersihan kanta mereka sebagaimana kanta sentuh biasa tanpa warna. Kemahiran dan ketepatan dalam pemasangan kanta sentuh kosmetik ini amat penting untuk megelakkan berlakunya risiko jangkitan atau sebarang komplikasi akibat kealpaan dalam regimen pembersihannya. Oleh itu para peminat kanta sentuh kosmetik ini seharusnya menjalani pemeriksaan mata komprehensif terdahulu oleh seorang optometris bagi memastikan samada mereka adalah calon sesuai atau tidak.
Kanta sentuh berwarna 'terapeutik'
Kanta sentuh berwarna turut boleh digunakan untuk tujuan prostetik bagi meningkatkan fungsi visual di samping memperbaiki penampilan terutama bagi mereka yang mengalami kerosakan mata. Kanta jenis ini boleh dihasilkan dengan mengadakan ruangan untuk pupil bagi mata yang masih berfungsi (Rekabentuk C) atau tiada ruangan pupil disediakan bagi mata yang sudah tidak berfungsi (seperti kosmetik pada Rekabentuk A dan D). Sila rujuk rajah berikut.
![]()
![]()
Perubahan pada warna iris yang memiliki defek di gambar atas dapat disaksikan menerusi pemakaian kanta sentuh warna prostetik di gambar bawah.
Fotofobia adalah keadaan ketidakselesaan yang dialami oleh mata apabila terdedah kepada cahaya, umpamanya cahaya matahari. Keadaan ini dideritai oleh pesakit albino yang kurang memiliki pigmen pada irisnya dan pesakit afakia yang tidak memiliki kanta kristalin pada mata mereka. Mereka sering melapurkan silau apabila terdedah kepada cahaya matahari. Pemakaian kanta sentuh berwarna mampu mengurangkan masalah silau ini.
[size=x-small]Kanta sentuh berwarna bagi mengatasi fotofobia[/size]
Di samping itu, kanta sentuh berwarna juga digunakan untuk meningkatkan penglihatan warna umpamanya kanta X-chrome. Kanta ini dilapurkan mampu meningkatkan diskriminasi warna pada pesakit yang memiliki defek merah-hijau.
Masalah KelunturanWarna Pada Kanta Sentuh Berwarna/Kosmetik
Kelunturan warna pada kanta sentuh berwarna boleh berlaku apabila kanta sentuh dipakai dalam suatu tempoh tertentu dan apabila ia terdedah kepada elemen persekitaran umpamanya alat kosmetik, habuk daripada air mata serta jenis sistem penjagaan kanta sentuh tersebut. Warna yang berlainan akan bertindakbalas secara berbeza bergantung kepada ikatan perwarna dalam bahan asas kanta sentuh tersebut.
Klorin dalam kolam renang, sumber bekalan air paip, air suling (distilled) dalam kepekatan yang tinggi mampu melunturkan warna secara keseluruhan atau sebahagian yang terdedah kepadanya.
Penggunaan bahan-bahan kimia tertentu seperti benzoil peroksida yang terdapat di dalam ubat jerawat juga boleh mempengaruhi perubahan warna kanta sentuh ini.
Kanta sentuh berwarna telah menjadi popular sebagai alternatif kepada cermin mata dan digunakan untuk mudah dikendalikan, kosmetik atau terapeutik.
Teknologi dijangkakan akan terus berkembang untuk menghasilkan kanta sentuh berwarna yang dapat memenuhi citarasa pemakainya dari segi keselesaan dan ketahanan dan dengan itu mampu mengambilalih tempat kanta sentuh tanpa warna secara keseluruhannya.
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks