+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3
Like Tree2Likes
  • 2 Post By ab_

Thread: ~ Manfaat Senaman Untuk Lelaki ~

  1. #1
    ab_'s Avatar
    ab_ is offline ~ Unfinished Business ~

    Points: 59,531, Level: 100
    Level completed: 0%, Points required for next Level: 0
    Overall activity: 22.0%
    Achievements:
    Three FriendsVeteranDonatorTagger First ClassCreated Blog entryCreated Album picturesRecommendation First ClassYour first GroupOverdrive50000 Experience Points
    Awards:
    Bronze TaggerVisitor MessageMost Thanks2nd Most RepArm of Law II
    iTrader 0
    Join Date
    03 Jul 2005
    Location
    Shah Alam,Selangor
    Posts
    6,878
    Points
    59,531
    Level
    100
    Blog Entries
    3
    My Mood
    Sleepy
    Downloads
    28
    Uploads
    4
    Thanks
    566
    Thanked 2,957 Times in 1,588 Posts
    Rep Power
    43

    Lightbulb ~ Manfaat Senaman Untuk Lelaki ~

    Biarpun anda hanya berjalan-jalan untuk ke sesuatu tempat, tetapi setiap pergerakan yang dilakukan sebenarnya telah membuatkan jantung anda bergerak dan lebih aktif. Apatah lagi jika anda seorang lelaki yang suka bersenam demi menjaga kesihatan, bonusnya ia akan membakar lemak, membentuk otot serta latihan bagi kardiovaskular.
    Jumlah kalori yang dibakar selama bersenam berdasarkan pada banyak faktor, termasuk berat badan, jumlah olahraga, tingkat tenaga dan metabolisme. Nilai yang diberikan untuk sejumlah kalori yang dibakar per jamnya dalam senaman berdasarkan pada rata-rata lelaki dengan berat badan 170 paun.

    1. BERJALAN KAKI – Jalan kaki merupakan latihan yang baik sebagai permulaan dalam diari anda. Mulakan dengan berjalan kaki selama satu jam di waktu pagi.
    Untuk hasil terbaik, jagalah detik jantung anda pada 70 peratus dari detik jantung maksimum (detik jantung maksimum sama dengan 220 dikurangi usia anda). Semua otot di kaki akan bergerak dan satu jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori.

    2. BERLARI – Berlari dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan merupakan cara yang baik untuk membakar lemak tubuh. Namun, berlari dalam waktu yang cukup panjang boleh menyebabkan kekuatan otot hilang dan cedera akibat sering digunakan. Berlari setempat dapat menguatkan kelompok otot dalam kaki termasuk otot-otot yang terdapat di paha.
    Berlari selama satu jam dengan kecepatan sederhana akan membakar lebih kurang 760 kalori.

    3. MENDAKI BUKIT - Sangat baik untuk membakar lemak sekaligus menguji kekuatan otot kaki. Jika anda meluangkan masa selama satu jam mendaki bukit, ia bersamaan dengan pembakaran sebanyak 530 kalori.

    4. PERMAINAN RAKET – Seperti tenis dan badminton yang akan membuatkan otot-otot paha, lengan, bahu dan punggung bekerja secara serentak. Inginkan hasil yang terbaik, carilah pasangan yang memiliki kemampuan sama dengan anda. Satu jam berolahraga akan membakar sekitar 780 kalori.

    5. REGANGAN – Cara yang paling mudah dan anda boleh melakukan regangan sambil menonton televisyen atau di bilik tidur. Mengerakkan kaki dan tangan selama setengah jam juga mampu mencegah kecederaan otot sebelum berolahraga.
    6. BERENANG - Sesuai buat lelaki yang benar-benar ingin menjaga perut mereka daripada boroi. Berenang membuat semua otot tubuh bekerja dan variasikan gaya renang anda (gaya dada, kuak lentang dan kupu-kupu) sehingga membantu anda memperoleh hasil maksimum dari olahraga ini. Satu jam berenang dapat membakar 460 kalori.

    7. PERMAINAN BOLA – Seperti bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan bola baling. Selain menguatkan latihan otot tangan, permainan bola juga memberi kekuatan untuk paha dan bahu anda. Risiko untuk cedera sama dengan olahraga berat yang lain namun keberkesanannya juga tidak diragui. Bermain secara berkumpulan akan memberikan impak yang berguna untuk anda. Satu jam bermain permainan bola akan membakar kalori sebanyak 600 kalori.

    8. BOLA SEPAK – Bergantung pada posisi yang anda mainkan, cukup mencabar fizikal dan minda kerana permainannya yang agak kasar dan memakan masa yang panjang. Memang olahraga ini berisiko tinggi kerana kecederaan, namun anda perlu menitikberatkan kesabaran fizikal dan emosi. Satu jam bermain bola sepak dapat membakar 700 kalori.

    9. ANGKAT BEBAN - Cara terbaik meningkatkan tenaga dalaman sekaligus membina otot tubuh dan meningkatkan kesihatan secara umum. Tetapi harus diingat untuk olahraga angkat beban, anda perlu melakukan latihan regangan sebelum dan setelah berolahraga ini untuk mencegah daripada kecederaan dan memaksimakan kesihatan. Anda dapat membuat setiap kelompok otot untuk bekerja dengan mengangkat beban, tapi bentuk yang tepat cukup penting untuk menurunkan risiko cedera. Untuk memaksimumkan pembentukan otot, lakukan ulangan yang lebih dengan beban yang lebih berat. Satu jam mengangkat beban membakar sebanyak 230 kalori.

    Sebagai lelaki yang mementingkan kesihatan, olahraga dan senaman cukup penting biarpun setelah anda berkahwin. Jangan sesekali mengabaikan perkara nan satu ini kerana ia menentukan gaya hidup anda.


    Lebih Info Di KEDAIANDA2U
    sayten and zulkhairinadzri like this.

  2. #2
    itachi2087's Avatar
    itachi2087 is offline Inspired Member iTrader 0
    Join Date
    19 Aug 2006
    Location
    Tokyo, Seoul, Hong-Kong, Jerusalem, Zurich
    Age
    25
    Posts
    530
    My Mood
    Curious
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    73
    Thanked 4 Times in 2 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    Quote Originally Posted by @ab_ View Post
    BERENANG - Sesuai buat lelaki yang benar-benar ingin menjaga perut mereka daripada boroi.
    hmm.....menarik~ saya belum kahwin ni perut dah macam orang dah kahwin~ XDDD

  3. #3
    strat0varius's Avatar
    strat0varius is offline Explosive Member iTrader 0
    Join Date
    06 Sep 2010
    Location
    SomewhereOverTheRainbow
    Age
    26
    Posts
    1,457
    My Mood
    Sad
    Downloads
    1
    Uploads
    0
    Thanks
    304
    Thanked 40 Times in 27 Posts
    Rep Power
    4

    Default

    hehe...nice tips..six pack aku semakin tenggelam nie...

Similar Threads

  1. untuk lelaki yang blm su**t
    By gang in forum Jiwang Groups
    Replies: 23
    Last Post: 4th April 2009, 01:21
  2. [WTS]PHERO-X untuk lelaki PHEROLINS untuk wanita
    By tinzie in forum Buy & Sell
    Replies: 2
    Last Post: 17th February 2009, 22:35
  3. Coli Untuk Lelaki~
    By kewek in forum Jiwang Groups
    Replies: 45
    Last Post: 30th December 2008, 21:50
  4. Senaman Untuk Lelaki
    By Xx69DiN69xX in forum Jiwang Groups
    Replies: 1
    Last Post: 4th July 2008, 22:50
+ Reply to Thread

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Visitors Landed Here Searching For

senaman terbaik untuk lelakisenaman untuk badminton

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •