"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bercakap benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amalan-amalan kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Sesiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Al-Ahzab : 71)
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai.
Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.
Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga.
Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 51/06
kisah teladan yg patut dijadikan iktibar..
sudah ketentuan camtu....anggaplah sebagai takde rezeki..
wah...
terasa gak aku...
aku selalu maki2.....aduh...
ko slalu maki??maki sape?huhuh....iktibar cite ni jgn cepat sgt marah...x elok...Originally Posted by modems
fuih...lau gitu semua kemarahan kita selama ni tertuju kat saper???
semua orang pun bengang kalo beli buah busuk
mesti maki org yg jual tu kaw2 punye...
insap2......
ish..insaf jap ako..ako pon cm isteri 2..marah2 kalu beli brg,brg 2 xelok..lepas baca cite ni baru ako tau...ishh insaf...
Bagus, iktibar disebalik citer ni amat bagus...kalau barang yang dibeli tu tak elok, janganlah marah2, anggap je bukan rezeki kita...bukannya kita nakkannya sebegitu..
:scared0015: ..
simple tp betul2 bermakna...
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks