Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu:
a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.
Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah diluar solat.
Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."
Rujukan : Al-Ahkam.net
Sekian, wassalam
thanks info..ust ghamidiklate...hehehhe..![]()
salam klate..aku dh bace pon kitab fiqh islami @ fiqh adilah tue..mmg ada pon tentang nie..cuma yg ko post nie lbh kepada imam syafie...sebab zuruf (keadaan) kt mlysia pon kite lbh kepada imam syafie..kalo ikut huraian yg aku bace tue..mmg banyak qaul (pendapat) antaranye imam 4 kite lah..imam syafie,hanafi,hanbali,maliki..memadai la bagi pendapat imam syafie..bagi sume org phm..x perlu pada perbahasan lg..wallau u'lam
salem......
~ermm yg dimaksudkn kenderaan tu cthnye seperti kapal,kapal terbang dn kereta...jikalau didalam kenderaan tersebut ada ruang tmpt nk sujud maka sujudlah dan jikalau tempat tu anda tidak yakin bersihnya lapik la dengan kain yg bersih...ni pada pandangan imam mazhab syafie...
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks