+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3

Thread: Kisah Abu Dzar al-Ghifari r.a

  1. #1
    sarjanmuha's Avatar
    sarjanmuha is offline a.k.a inspmuha
    Points: 5,148, Level: 30
    Level completed: 50%, Points required for next Level: 152
    Overall activity: 0%
    Achievements:
    Three FriendsDonatorVeteran5000 Experience Points
    iTrader 0
    Join Date
    22 Nov 2008
    Location
    sentul, kolumpo
    Age
    31
    Posts
    305
    Points
    5,148
    Level
    30
    My Mood
    Paranoid
    Downloads
    1
    Uploads
    0
    Thanks
    79
    Thanked 7 Times in 7 Posts
    Rep Power
    0

    Default Kisah Abu Dzar al-Ghifari r.a

    Spoiler


  2. #2
    boking7's Avatar
    boking7 is offline ♥♥ Tukang Kebun ♥♥
    Points: 157,098, Level: 100
    Level completed: 0%, Points required for next Level: 0
    Overall activity: 87.0%
    Achievements:
    Three FriendsYour first GroupRecommendation First ClassCreated Album picturesCreated Blog entryVeteran50000 Experience PointsTagger First ClassOverdrivePremium Donator
    Awards:
    Filled ProfilePosting AwardTop Thread StarterMost RepliedGold Posting Award
    iTrader 3 (100%)
    Join Date
    04 Apr 2004
    Location
    Sg. Chua, Kajang
    Posts
    17,948
    Points
    157,098
    Level
    100
    Blog Entries
    16
    My Mood
    Horny
    Downloads
    20
    Uploads
    0
    Thanks
    243
    Thanked 600 Times in 403 Posts
    Rep Power
    35

    Default RE: Kisah Abu Dzar al-Ghifari r.a

    Abu Zar al-Ghifari merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal dgn.perbendaharaan ilmu pengetahuannya dan kesolehannya.Ali RA berkata mengenai Abu Zar RA :

    "Abu Zar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi oleh orang lain."

    Apabila dia mula-mula mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW,dia telah menghantar saudara lelakinya menyiasat dgn. lebih lanjut mengenai orang yang mendakwa menerima berita dari langit.Setelah puas menyiasat,saudaranya pun melaporkan kepada Abu Zar bahawa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang bersopan santun dan baik budi pekertinya.Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.

    Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Zar.Dia sendiri keluar utk. mencari kenyataan.Setibanya di Makkah,dia terus ke Baitul Haram.Pada masa itu dia tidak kenal Nabi SAW,dan memandangkan keadaan pada masa itu dia merasa takut hendak bertanya-tanya darihal Nabi SAW.Apabila menjelang malam,dia dilihat oleh Ali RA.Oleh kerana ia seorang musafir,Ali terpaksa membawa Abu Zar ke rumahnya dan melayani Abu Zar sebaik-baiknya sebagai tetamu.Ali tidak bertanya sesuatu apa pun dan Abu Zar bagi dirinya tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah.Pada keesokkan harinya,Abu Zar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad.Sekali lagi Abu Zar gagal menemui Nabi kerana pada masa itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin.Pada malam yang keduanya,Ali membawa Abu Zar kerumahnya.Pada malam itu pun Ali tidak bertanya hal diri Abu Zar.Tetapi pada malam ketiga,Ali bertanya:

    "Saudara,apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?"

    Sebelum menjawab Abu Zar meminta Ali berjanji bercakap benar.Kemudian dia pun bertanya Aali tentang Nabi SAW.Ali berkata:

    "Sesungguhnya dialah pesuruh Allah.Esok engkau ikut sahaja aku dan aku akan membawamu menemuinya.Tetapi awas,bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau perhubungan kita diketahui orang.Semasa berjalan esok,kalau aku dapati bahaya mengancam kita,aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan kasut aku.Tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak mengesyaki perhubungan kita."

    Pada keesokkan harinya,Ali pun membawa Abu Zar bertemu dgn. Nabi SAW.Tanpa banyak soal jawab,dia telah memeluk agama Islam.Kerana takut dia diapa-apakan oleh musuh,Nabi SAW menasihatkannya supaya cepat-cepat balik dan jangan mengistiharkan pengislamannya di khalayak ramai.Tetapi Abu Zar menjawab dgn. berani "

    "Ya Rasullulah,aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya,bahawa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."

    Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya.Selepas ia meninggalkan baginda,dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di mana dihadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

    "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah."

    Apatah lagi,demi mendengarnya ucapan Abu Zar itu,orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya.Kalau tidak kerana Abbas(bapa saudara Nabi yang ketika itu belum Islam)tentulah Abu Zar menemui ajalnya disitu.

    Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu zar:

    "Tahukah kamu siapa orang ini?Dia ialah dari puak Ghifar.Khafilah-khafilah kita yang berulang-alik ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka.Kalaulah ia dibunuh,sudah tentu mereka menghalang perniagaan kita dengan Syam."

    Pada hari berikutnya,Abu Zar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah dihadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas.

    Kegairahan Abu Zar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luarbiasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya.Apakah dia boleh dituduh sebagai telah mengingkari perintah Nabi?Jawapannya-TIDAK.

    Dia tahu bahawa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam.Dia hanya hendak mencontohi Nabi SAW walaupun ia mengetahui,dengan berbuat demikian dia mendedahkan dirinya dalam bahaya.Semangat keislamannya yang beginilah yang telah membolehkan para sahabat mencapai kemuncak kejayaan dalam alam lahiriyah serta batiniyah.

    Keberanian Abu Zar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam merangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah.

    Kekejaman,penganiyaan serta penindasan tidak semestinya melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

  3. #3
    freakapunk_kid88's Avatar
    freakapunk_kid88 is offline Fanatic Member iTrader 0
    Join Date
    27 May 2009
    Location
    somewhere only we belong
    Posts
    2,615
    My Mood
    Dead
    Downloads
    28
    Uploads
    0
    Thanks
    27
    Thanked 35 Times in 24 Posts
    Rep Power
    7

    Default RE: Kisah Abu Dzar al-Ghifari r.a

    insaf ak.. insaf ak.. huhu~

Similar Threads

  1. Kisah Abu Yazid Al-Bustami
    By ismanaurah in forum Groups Ilmiah
    Replies: 0
    Last Post: 18th March 2010, 18:15
  2. Kisah Isnin
    By pie_ruz in forum Jiwang Groups
    Replies: 23
    Last Post: 16th July 2009, 00:41
  3. Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya - SeDih Beb
    By hafizi01 in forum Jiwang Groups
    Replies: 29
    Last Post: 8th March 2009, 13:46
  4. Teladan dari kisah Mustapha Kamal Ataturk
    By kewek in forum Jiwang Groups
    Replies: 24
    Last Post: 28th February 2009, 05:41
  5. Kisah Isteri dan Hot Dog..
    By pie_ruz in forum Jiwang Groups
    Replies: 25
    Last Post: 26th July 2008, 18:09
+ Reply to Thread

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Visitors Landed Here Searching For

Abu Dzar Al-Ghifari maksud nama abu dzar

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •