+ Reply to Thread
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 11

Thread: Nasihat wanita cantik sedarkan Hasan Basri

  1. #1
    hafizi01's Avatar
    hafizi01 is offline Inspired Member iTrader 0
    Join Date
    26 Dec 2004
    Posts
    606
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Rep Power
    0

    Default Nasihat wanita cantik sedarkan Hasan Basri

    HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-
    lebih apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan
    sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan
    keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.

    Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau
    melihat seorang wanita cantik.

    Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu
    menoleh, sambil berkata kepadanya: "Apakah engkau tidak malu?"

    Jawab Hasan: "Malu pada siapa?" Wanita itu berkata. "Malu kepada Zat
    Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di
    dalam hati."

    Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga
    tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus
    mengikuti di belakang wanita itu.

    Wanita itu berkata lagi kepadanya: "Mengapa engkau mengikuti aku?"
    Jawab Hasan: "Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu."
    Wanita itu berkata: "Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang
    engkau kehendaki."

    Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia
    jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

    Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik
    itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.

    Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu
    ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit
    berkata. "Sungguh tuan puteri berkata: "Aku tidak ingin mata yang
    memuatkan fitnah dan mempesonakan orang."

    Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu,
    dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan
    berkata kepada dirinya: "Celaka engkau, sebab sudah berjanggut
    mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu."

    Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke
    rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah
    wanita itu untuk meminta maaf segala kesalahannya.

    Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan
    mendengar suara tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya,
    beliau pun bertanya apa yang berlaku.

    Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke
    rumahnya dan menangis selama tiga hari.

    Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang
    berada di dalam syurga.

    Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. "Hai wanita yang
    cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku. "

    Jawab wanita itu. "Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku
    memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau." Hasan
    berkata, "Berikanlah kepadaku akan nasihatmu."

    "Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan
    pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada
    Allah serta bertaubat kepada-Nya." kata wanita berkenaan.

    Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan
    melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan
    masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.

    Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi
    seorang wali dan kekasih Allah

    Wallahua'lam...

  2. #2
    benscape's Avatar
    benscape is offline Motivated Member iTrader 0
    Join Date
    08 Sep 2005
    Posts
    199
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    bagus nye pekerti wanita itu..
    hingga dapat menyedarkan seorang lelaki..
    susah nak jumpe tu...

  3. #3
    mizany's Avatar
    mizany is offline Motivated Member iTrader 0
    Join Date
    13 Feb 2008
    Posts
    210
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    bagus betul pekerti wanita tu..
    moga2 aku pn begitu tapi sayang,aku tak sehebat wanita itu...

  4. #4
    modems's Avatar
    modems is offline Motivated Member iTrader 0
    Join Date
    12 Apr 2006
    Posts
    441
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    wah...
    sungguh mulia wanita tuu....
    alhamdulillah die sudah bertaubat.....
    moga2 kite juga diberi peluang buat begitu....

  5. #5
    CriPs_CuZz's Avatar
    CriPs_CuZz is offline Inspired Member iTrader 0
    Join Date
    17 Jun 2007
    Location
    Planet Bumi
    Age
    28
    Posts
    513
    My Mood
    Stressed
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    6
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    kat sekolah dulu ader jugak ustaz ceritakan kisah ni...
    :salut: :salut: :salut:

  6. #6
    kuciku's Avatar
    kuciku is offline Explosive Member iTrader 0
    Join Date
    14 Apr 2004
    Location
    manchester, uk
    Age
    22
    Posts
    1,031
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    1
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    susah nk cri wanita spy itu dizmn ini..

  7. #7
    hafizi01's Avatar
    hafizi01 is offline Inspired Member iTrader 0
    Join Date
    26 Dec 2004
    Posts
    606
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Rep Power
    0

    Default

    Quote Originally Posted by kuciku
    susah nk cri wanita spy itu dizmn ini..
    xsusah... cuma amat mustahil

  8. #8
    nanzo's Avatar
    nanzo is offline Motivated Member iTrader 0
    Join Date
    29 May 2004
    Posts
    488
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default RE: Nasihat wanita cantik sedarkan Hasan Basri

    Quote Originally Posted by hafizi01
    xsusah... cuma amat mustahil
    tak mustahil..
    cuma jarang2 je nak jumpa.

  9. #9
    pie_ruz's Avatar
    pie_ruz is offline Explosive Member iTrader 0
    Join Date
    03 Nov 2003
    Posts
    1,305
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 15 Times in 11 Posts
    Rep Power
    11

    Default RE: Nasihat wanita cantik sedarkan Hasan Basri

    sungguh mulia pekerti wanita itu..

  10. #10
    Admiral18's Avatar
    Admiral18 is offline Fanatic Member iTrader 0
    Join Date
    22 Jun 2008
    Posts
    2,379
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default RE: Nasihat wanita cantik sedarkan Hasan Basri

    Pompuan 2 guna Kecantikan utk memberi KESEDARAN kpd kaum lelaki..*****

Similar Threads

  1. Lelaki kacak, wanita cantik miliki IQ lebih tinggi
    By e1xtrim in forum Jiwang Groups
    Replies: 5
    Last Post: 21st January 2011, 07:45
  2. Cara Bagi Mengurangkan Tekanan Bagi WANITA
    By peNjaGakub0 in forum Jiwang Groups
    Replies: 5
    Last Post: 11th June 2009, 11:33
  3. Ada Band -?? Karena Wanita Ingin Di Mengerti
    By no_need in forum AudioShare Indonesia
    Replies: 2
    Last Post: 10th May 2009, 09:31
  4. [WTS]PHERO-X untuk lelaki PHEROLINS untuk wanita
    By tinzie in forum Buy & Sell
    Replies: 2
    Last Post: 17th February 2009, 22:35
  5. kelebihan jamu..utk lelaki dan wanita..
    By explicitboy21 in forum Health & Education
    Replies: 18
    Last Post: 21st October 2008, 12:06
+ Reply to Thread
Page 1 of 2 12 LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Visitors Landed Here Searching For

NASIHAT UTK WANITA

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •