Bintang Hollywood Datuk Michelle Yeoh yang memegang watak pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya menzahirkan rasa sedih terhadap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadapnya.
Pelakon yang berasal dari Malaysia itu tidak dibenarkan memasuki negara tersebut dan telah disenaraihitamkan ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 22 Jun lalu.
Dalam kenyataan pertamanya terhadap isu tersebut, Yeoh berkata dia terkejut dan sangat kesal dengan tindakan kerajaan junta tentera itu.
Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat, malah menyayangi negara dan rakyat Myanmar.
Yeoh telah bertemu Suu Kyi pada Disember tahun lalu. Filem berjudul The Lady yang mengisahkan tentang perjuangan dan kisah hidup Suu Kyi ini akan ditayangkan pada akhir tahun ini.
bodo pnya junta. kang kita halau je rakyat mynmar kat malaysia ni.
diorang tu buat pengambaran, kira macam buat dokumentari pasal suu kyi, kalo dah tak suka suu kyi ni, macam ni la jadinyer, kene blacklist....
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks