Anding AF Dan Amran Ismail Diulit Cinta Songsang? (BiPOP 24.04)
Mengucap panjang Abang Nara membaca tulisan Raja di dalam BiPop semalam. Kata Raja, daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, bekas pelajar Akademi Fantasia, Anding dan pelakon baru, Amran Ismail kini sedang hangat dilamun cinta sesama sendiri. Terkejut dan terkesima terus Abang Nara dibuatnya. Punyalah ramai wanita di dunia ini, kenapa lelaki juga menjadi pilihan hati? Kata Raja dalam artikelnya semalam:-
Kadang-kadang Abang Nara terfikir kenapa ada antara manusia yang menjalinkan hubungan sebegini. Adakah kerana trauma sering kali dipermainkan wanita? Ataupun masa zaman kecilnya pernah ada kisah silam? Atau mungkin kerana naluri kelelakiannya memang tiada?Raja dapat tahu daripada si pemberi maklumat, kononnya ada cerita yang menyatakan Anding dan Amran memadu kasih nun jauh di seberang lautan baru-baru ini. Mereka turut bersama dengan seorang laki pelakon baru yang kononnya berbulan madu dengan pasangan songsangnya. Bukan main lagi umpama dunia mereka yang punya. Ada yang ternampak kelibat mereka berparti sakan.
Kepada sesiapa yang terlibat dengan hal ini, masih belum terlambat untuk anda kembali ke pangkal jalan. Kepada Anding dan Amran, sila tampil untuk membalas kenyataan daripada Raja ini.
beautifulnara
Last edited by karinkishido; 26th April 2011 at 20:40.
adeshhhh...mcm dh takde pompuan dh dlm dunia neh
Dituduh bercinta dengan Anding, Amran ambil Tindakan Polis?
MD Amran Hj Ismail, masih ramai yang tidak mengenali nama ini, namun bagi mereka yang pernah menonton filem pendek kontroversi, Chukang, sudah tentu wajah dan nama lelaki ini pernah bermain di dalam kotak fikiran mereka.
Malah dek kerana dirinya yang masih mentah dalam dunia seni membuatkan langkah kaki anak muda ini seakan terhenti seketika sewaktu filem Chukang ini dilanda kontroversi sedikit masa lalu.
Kini ketika dia baru sahaja mahu melebarkan sayapnya dalam dunia lakonan, sekali lagi nama Amran tercalar dengan kontroversi besar apabila dia ditudah menjalinkan hubungan songsang dengan pelakon dan penyanyi, Anding.
Di lapor sedang hangat bercinta, pasangan ini turut dituduh melakukan perbuatan sumbang di depan khalayak selain pernah dikatakan bercuti bersama di sebuah pulau, dan diibaratkan seperti sedang berbulan madu.
Malu dan tertampar dengan apa yang dituduh, Amran akan membuat satu sidang media untuk menjelaskan tentang perkara itu.
"Saya baru sahaja menanda tangani perjanjian dengan syarikat MIG minggu lepas, dan pihak MIG meminta agar saya tidak memberi sebarang komen terdahulu tentang perkara ini sebelum mereka melakukan sebarang sidang media minggu hadapan.
"Namun secara peribadi, saya memang terkejut dengan apa yang dilaporkan semalam, seluruh peminat dan ahli keluarga menghubungi saya untuk bertanya tentang perkara ini, namun saya tidak boleh membuat sebarang penjelasan sekarang.
"Subhanallah, Nauzubillah, perkara ini sangat memalukan dan ia satu fitnah yang besar dalam hidup saya. Jujurnya, saya tak berani nak komen lanjut kerana sebagai orang islam, saya tidak boleh menuduh sebarang orang yang menjadi penyebab dan penyebar cerita ini.
"Apa yang boleh saya katakan, saya harap peminat dan keluarga memihak pada saya dan memberi semangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini,"jelas Amran.
Terkena Buatan Orang
Bercerita lanjut tentang perkara ini, jelas Amran namanya sudah tercemar semenjak dia memulakan lakonan dahulu, malah dia mengakui selalu diugut dan adakalanya seperti terkena buatan orang.
“Sejak dahulu saya seringi di ganggu oleh orang yang tidak dikenali, setiap hari ada yang menelefon saya, mengajak untuk melakukan seks. Saya terkejut dan bila disiasat, rupanya ada orang lain yang menggunakan nama dan gambar saya di laman web songsang.
“Setiap hari saya diganggu dengan kiriman sms yang mengajak saya melakukan hubungan songsang, dan semua mesej-mesej yang dihantar masih berada di dalam simpanan saya, jika perkara ini berlarutan, saya akan buat laporan polis untuk menyiasat tujuan sebenar mereka,”luah pelakon drama Bila Musang berjanggut, Bella, dan Sang putera Aurora.
"Dua tiga minggu yang lepas, badan saya tak sihat, seluruh badan seperti di cucuk-cucuk dengan jarum yang tajam, tapi saya tidak tahu semua perkara ini ada hubung kait atau tidak dengan penyebaran fitnah ini,"sambungnya lagi.
Jatuhkannya
Melihat pada sisi lain, jelas Amran dia hanya bersangka ada seseorang cuba menjatuhkan dirinya dalam bidang ini, malah dia juga menjelaskan hubungannya bersama Anding bukanlah seakrab yang di gambarkan.
"Anding kawan saya, kami mempunyai minat yang sama iaitu bila ada masa lapang kami akan pergi ke gimnasium.
"Apa yang diceritakan dalam gosip itu tidak benar sama sekali. Kami tidak pernah bercium di khalayak dan kami juga tidak pergi ke pulau berkenaan untuk berbulan madu,"jelasnya lagi.
manggaonline
dorang ni tak tengok cite ... dalam botol tu....ke ? ha ha ha...
x faham aku....penulis ni dapat dari mana ni
kalau benar, kita mengumpat. kalau salah, kita memfitnah. So, renung-renungkan dan selamat beramal.
Kalau wartawan main tangkap muat tanpa ada bukti, tak mengapa...no hal pasal tu memang kerja dia tapi salah teramat anggapan ini
Wartawan pun perlu ada etika dan paling penting, aqidah.
Banyak kita tengok berlindung atas nama journalisim n entertainment to slander org tanpa usul periksa. Unfortunate :(
Kembali lah ke jalan yg benar....
nabi tak suruh pn laki kawen laki, pompuan kawen ngan pompuan, ni dah kire lari dari fitrah manusia yang lelaki akan kawen ngan pommpuan..
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks