Nasharul Aweera Noriyissham atau lebih dikenali Aweera terkilan apabila kenyataannya dalam sebuah akhbar mingguan minggu lalu telah disalah erti sehingga menimbulkan salah faham dikalangan peminatnya dan penyanyi rock, Awie.
Vokalis kumpulan Mojo ini berkata, dia tidak pernah memberitahu meniru cara nyanyian Awie ketika ditanya mengenai persamaan yang berlaku di antara mereka sebaliknya mengagumi dan menjadikan penyanyi itu sebagai idola.
"Saya cuma kata Awie adalah idola saya dan bukannya meniru gayanya. Kalau bercakap pasal nak jadi seperti Awie dan menyanyi sepertinya memang tidak akan ada orang boleh lawan beliau. Saya sebagai penyanyi baru memang kagum dengannya dan meminatinya sejak kecil.
Dalam pada itu, Aweera berkata dia tidak pernah berniat untuk menimbulkan kontroversi dengan kenyataannya itu sebaliknya cuba bekerjasama dengan wartawan apabila ditanya pelbagai soalan.
"Bukan nak salahkan sesiapa tetapi memang tiada niat untuk cetuskan apa-apa kontroversi sebegini dan perkara ini juga saya sudah dijelaskan kepada wartawan yang menulis artikel itu," katanya.
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks