Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.
"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.
"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.
"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya
Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha.
Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.
Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.
Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.
"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.
Dalam pada itu, pihak Seniman juga sedang merancang untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak akan timbul lagi.
Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon.
giler la...presiden dh tunjuk kuasa...
gigil siot...![]()
Mmg dasyat laa cam nie. Biar aku ulaskan kronologinya jika dilaksanakan.Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon.
1. First jadi ahli seniman.
2. pas tu kena bayar yuran, mungkin yuran bulanan or yuran tahunan or kedua duanya sekali.
3. Kena attend segala pelosok aktiviti seniman.
4. persatuan seniman akan bantu tuk call director director tuk kasi peluang tuk bakal seniman.
5. Jika ader bakal seniman yg cantik melecun, zed zaidi org pertama tuk uji dulu sebelom dier contact director lain tuk ujian seterusnya ( double meaning laa..hehehe)
6. Nanti akan berlaku pertelingkahan antara board of directors seniman sbb zed zaidi kaut sume bakal seniman cun melecun.
7. Kontrovesi/scandal...etc etc
8. zed zaidi mungkin akan disuruh melepaskan jawatan or resign sendiri atau sbb buat hal dibelakang..
9. Presiden baru akan dilantik and benda nie akan berulang dari 1. balik.
Perlu ker ader badan disiplin dan perlu ker sume artis jadi ahli seniman?....Aper zed zaidi nk membela seniman ker nk main ngan seniman? Dengan langkah nie iaitu kalau zed zaidi dah buat undang undang nie, dier laa jadi org paling berpengaruh, playboy terbaik dan tah baper org akan rosak pas nie...hmmm.
xyah laa badan disiplin dan xyah laa nk suruh artis jadi ahli seniman, tiap org tahu cam ner nk jaga periuk nasi masing masing, jangan nk menambahkan scandal udah...
BIG NO for zed!
EDITED BY tomlia - Politik jangan laa bawak masuk dlm isu nie. Undang2 forum melarang perbincangan ttg maner maner parti politik atas sbb akan mengundang masalah lain. Tiap warganegara Malaysia ader presepsi ttg parti politik, jangan disebabkan anda cakap Parti A baik nanti ader org lain masuk sini cakap Parti A ader udang disebalik batu laa nie laa tu laa pas tu mengangungkan Parti B dier lak.
xyah yer. Kalau nk berbahas pasal parti politik sila cari forum lain. Mekasih.
Last edited by .TokJanggut.; 12th June 2012 at 18:00.
ingt apa la..sekali ada sangkut ngan zed gak...busan
zed zaidi ni dh mcm pengawas skolah pulak...
Daripada sebok hal perempuan 3 ekoq yg sah2 xbole pakai ni.. baik tolong seniman yg betol2 perlukan pertolongan.
Apek Saiful xsalah ako ada prob ngan kontrak dia.. la ni ada kes allahyarham Kuman...
Pastu lg isu tribute allahyarham Sudirman yg bagai mahu x mahu dibuat. Ye ke? Hehe
Mcm2...
![]()
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks