TIGA tahun bergelar pelakon, nama Mon Ryanti barangkali masih ‘kabur’ dalam kalangan penonton tanah air. Malah, mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan si jelita ini dan apakah produk filem dan drama pernah dibintanginya? Meraih peluang secara kebetulan pada 2009 apabila bahagian kakinya terpilih untuk menjadi poster filem Remp-It V3 Samseng Jalanan arahan Farid Kamil, anak jati Johor ini berkata dia tidak pernah pun berangan untuk membina karier dalam bidang seni.
Mon Ryanti atau nama sebenarnya, Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee, 23, berkata tuah kaki itu yang membuka jalannya. Walaupun, poster dihasilkan tidak lulus kerana hanya menampilkan paras punggungnya hingga kaki, peluang tetap ada. “Saya kemudian dilamar pemilik MIG Productions Sdn Bhd, David Teo untuk menjadi pelakon. Ketika itu, perasaan saya berbelah bagi untuk menerima atau menolaknya kerana sedar diri tiada bakat dan tahu memang tak boleh berlakon langsung.
Menurut Mon Ryanti, ketika itu pun dia masih melanjutkan pengajian dalam bidang akaun dan kewangan. Jadi, enggan terlalu bergantung kepada kewangan keluarga, dia gigih berusaha mencari sumber pendapatan dengan terbabit sebagai model peragaan. Memulakan langkah dalam lakonan dengan drama E-Toyol.com dan Julia Juli pada 2009, rezeki Mon Ryanti semakin murah pada 2010 dengan pelbagai drama terbitan MIG Productions dibintanginya seperti Epilog Syurga Cinta, Jalan Pinang Sebatang dan Cinta Tikar Sejadah.
Selain itu, dia juga berlakon dalam drama Takut Bini Sayang Suami, Adnan Sempi-It The Series, Duda & Dara serta Diva-Diva Pencen. Tidak terhenti setakat itu, Mon Ryanti turut memperoleh peluang beraksi di layar perak menerusi filem Mantra. Apapun, lembaran 2011 nyata lebih luas untuknya apabila MIG Productions memberi kepercayaan lebih besar dengan melakonkan watak utama dalam filem seperti Nongkrong, Hantu Dalam Botol Kicap dan Keramat. Dia juga muncul dalam filem Super Duper Lover.
Tidak sekadar filem, Mon Ryanti juga terbabit menjayakan drama dan telefilem seperti Saya Tahu Apa Awak Buat Raya Lalu dan Klik. Katanya, dengan rezeki yang tak putus diterima, kini lakonan menjadi karier sepenuh masa walaupun saingan sengit.
putih bersih... mantap gk..
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks