JAKARTA, 21 JUN 2011: Disebabkan gosipnya melahirkan anak ketiga seperti yang telah tersebar sedikit hari dulu, dengan tidak semena-mena bekas suami Mulan Jameela iaitu Harry Nugraha turut menjadi buruan beberapa wartawan hiburan.
Namun, ketika diwawancara, Harry Nugraha telah pun membuat pengakuan bahawa sememangnya Mulan Jameela telah pun melahirkan anak ketiganya. Bahkan, dia mengetahui siapa ayah kepada bayi tersebut.
Kata Harry Nugraha kepada Tabloid Nova, dia telah bertemu dengan Mulan Jameela berserta dengan bayi perempuannya itu. Menurutnya, bayi perempuan Mulan itu sangat cantik. Namun, dia lupa dengan nama bayi tersebut.
Apa yang pasti, Harry Nugraha berkata, bayi itu memang merupakan hasil hubungan Mulan dengan pemilik syarikat pengurusan dan rakaman, Republik Cinta iaitu Ahmad Dhani.
Apabila diminta mengulas mengenai kenyataan bekas suaminya, Mulan Jameela yang ditemui dalam program Dahsyat pada Isnin lalu, terus senyap serta enggan memberikan apa-apa komen. Malah, dia cepat-cepat masuk ke dalam keretanya.
Sumber: murai.com
takde agama jadi camni le...bapak 69....hehe...:D
ish3...anak luar nikah ke ni?
Mende dah jadi.. nk wat mcmana.. Ahmad Dhani xnak kawin ngan Mulan Jameela ke? Kata nk kawin sampai empat..
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks