Berikutan penglibatan Britney Spears di dalam program realiti The X Factor, hubungan bersama tunangnya, Jason Trawick di ambang perpisahan.
Menurut sumber, sejak Spears menjadi juri program itu, dia tidak mempunyai masa untuk Trawick dan hanya memberikan sepenuh perhatian kepada kerja sahaja.
"Trawick sanggup berhenti kerja dan menguruskan perjalanan karier Spears. Namun berbeza pula dengan Spears yang dikatakan semakin melupakan tunangnya itu.
"Jadi, Trawick mengambil keputusan meninggalkan Spears. Namun kami berharap mereka akan bersama selamanya," kata sumber itu.
Bagaimanapun, sehingga kini ia masih belum dapat disahkan status pasangan ini.
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks