Khasiat Ulam-ulaman Dalam Menu/Masakan harian Anda
Ulam-ulaman sudah menjadi kemestian sesetengah orang utk menlengkapkan menu dan menambahkan enak rasa makanan. Tambah enak lagi, ulam digandingkan dengan sambal belacan, budu, cencalok mahupun apa jua jenis sambal yang saling melengkapi. Kenali 13 jenis ulaman di bawah ni yg pastinya melengkapkan dan mevariasikan lagi menu harian anda.
1. Pegaga
Pegaga atau nama saintifiknya, "Centella Asiatica" mempunyai aroma unik dan rasa yang sedikit pahit. Ulam renek berdaun lebar ini digunakan secara tradisional utk mengubati alergi, kanser, cirit-birit, merangsangkan peredaran darah, mengurangkan panas badan dan juga mengubati lelah/. Pegaga boleh dicicah bersama aneka sambal belacan dan boleh dijadikan jus.
2. Selom
"Oenanthe Javanica" atau selom merupakan sejenis ulam segar yg cukup digemari oleh orang utara tanah air, turut dijadikan sayuran hiasan dalam laksa. Ulam berdaun cantik ini dikatakan dpt mengubati demam panas serta tekanan darah tinggi. Malah selom juga mampu memberi kesan sbg agen anti reumatik dan menurunkan paras gula dan kolestrol dalam pesakit diabetes atau kencing manis.
3. Ulam Raja
Ulam raja atau "Cosmos Caudatus" mempunyai rasa dan bau yang unik. Kajian sains membuktikan ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat. Ia juga kaya dengan kalsium dan vitamin A yang menguatkan tulang serta agen pembersih darah. Ulam raja cukup enak dimakan mentah yg dicicahkan bersama aneka sambal belacan, budu dan sbginye.
4. Kubis
Kubis dikategorikan sbg sayuran berdaun drpd keluarga "Cruciferae". Ia antara ulam yang paling mudah didapati dan digemari kerana kerangupannya. Kepingan kubis ini boleh dimakan mentah yang dilengkapkan dengan sambal belacan bersama budu serta cili padi.
5. Petai
Petai atau nama saintifiknya "Parkia Specionsa Hassk" mempunyai bau yang kuat tetapi harum apabila dimasak. Petai juga boleh dimakan mentah sbg ulam yg dimakan bersama sambal belacan dan aneka sambal lain spt cencaluk, budu, air asam dan tidak kurangnya dibat sambal. Biji petai kaya tenaga(120.0 kalori), kalsium(126.0mg), besi(3.4mg), Vitamin C(32.7mg), protein(10.0grm) dan juga karbohidrat(16.0grm)
6. Tenggek Burung
Tenggek burung atau "Euodia Redievi" cukup enak dijadikan ulam kerana rasanya yg rangup biarpun sedikit kelat. Ia paling sesuai dicicah bersama sambal belacan mahupun sambal kicap. Dalam perubatan tradisional, daun tenggek burung paling baik utk merawat darah tinggi.
7. Bendi
Ulam bendi paling mudah disediakan dengan hanya merebusnya. Bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat serta zat galian dan vitamin. Bendi baik utk perkembangan otak dan digunakan sbg perangsang utk membuang air kecil dan merawat bengkak pd saluran kerongkong dan hidung.
8. Kacang Kelisa/Botol
Ulam yg satu ini tergolong dlm jenis sayur yg boleh digoreng. Pun begitu, ia boleh dimakan mentah dan dijadikan ulam. Kacang kelisa/botol kaya dgn protein, kalsium, zat besi dan vitamin A. Daunnya mengandungi 5-7% protein disamping vitamin A, C dan garam galian.
9. Timun
Timun antara ulaman paling mudah disediakan. Ia rangup dan dingin. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidtrat. Timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A , vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin yg baik utk tubuh.
10. Jantung Pisang
Jantung pisang merupakan bunga pisang yg bertukar menjadi buah pisang matang. Jantung pisang juga, dijadikan ulam oleh masyarakat melayu selepas direbus hingga lembut. Ia biasa dijadikan sambal dan kerabu yg dihidangkan bersama sambal belacan.
11. Kerdas
Buah kerdas atau "Pithecellobium Bubalinum" juga mempunyai bau spt petai. Kerdas boleh dimakan sbg ulam tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat.
12. Terung Pipit
Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur utk dibuat ulam. Ia rangup dan begitu mudah dihadamkan. Kajian membuktikan terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A dan vitamin C serta sedikit vitamin B1
13. Jering
Jering atau "Archidendron Jiringa Nielsen" mengandungi zat pemakanan yg sihat. Di dalamnya terkandung 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan juga kalsium. Sama spt petai dan kerdas, jering juga berbau kuat tetapi enak dan berkhasiat. Tidak hanya dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks