Saman ekor: PAS anjur petisyen di internet
Ogos 31, 10 1:45am
Memanfaatkan populariti dunia siber di kalangan anak muda, Pemuda PAS meluaskan lagi kempen membantah saman ekornya dengan mengadakan petisyen dalam talian.
Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, usaha itu merupakan lanjutan daripada kempen "sejuta tandatangan" dewan itu yang dilancarkan pada 23 Ogos lalu di Kuala Lumpur.
"Walaupun kempen ini sedang giat rancak gerak kerjanya di peringkat Parlimen yang diuruskan oleh setiausaha Pemuda PAS kawasan-kawasan, namun Pemuda PAS merasakan perlunya satu alternatif melalui dunia siber yang semakin popular, terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Khairul Faizi berkata usaha terbaru tersebut dapat menarik sokongan anak-anak muda bagi menyatakan sikap mereka supaya kerajaan memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya.
"Pemuda PAS berharap agar anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara dalam talian ini sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu, sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara yang halus," katanya.
Menurut Khairul Faizi lagi, kesemua petisyen itu akan diserahkan kepada pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.
Orang ramai boleh menurunkan tandatangan masing-masing di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html sehingga 31 Oktober 2010 ini, tambahnya.
kenape nak kena bantah plak? dah melebihi had laju, takkan nak lepas camtu jek?
berani tekan, berani tanggung la. hehe.
pape pun, ni takde unsur2 politik ke?
Bukan camtu bro, kdg2 tak logik gak, ada ke had laju 30km/j je, kereta sekarang makin laju.
Dah tu, kalau tak bayar, tak boleh renew roadtax.
Pastu, confirm ke kereta tu tuannya yg bwk, entah2 mamat mana yg pakai plet no palsu, kita yg kena.
Nak persoalkan balik tak boleh dah.
pakat isi form bantahan ramai2...jom..huhuhu...
bior la x sesuke ati jerk depa duk saman
jadi .. apa masalahnya
dah kalau nak beli kereta mewah
nak drive over limit .. sendiri readykan la duit jika kena saman
apa masalahnya
kalau tak .. pergi la main kereta dekat Autobahn
senang citer
macam la negara lain dekat dunia ni tak ada peraturan lebih kurang sama
dekat France elok je .. siap ada signboard lagi
memaklumkan camera speed dekat mana
dekat2 nak sampai je area camera speed
mesti semua pemandu slow down
orang suruh pakai helmet pun .. tak nak dengar
tu nak salahkan siapa .. JPJ .. PDRM .. pihak berkuasa
rasanya jika kena saman ekor .. boleh aje request untuk dapatkan gambar bukti (tapi kena bayar .. tak sure berapa)
but the point is .. kalau pesalah tu pakai plate palsu sekalipun
plate tu sama ke dengan model kereta yg didaftar?
kalau tak nak komen .. tak perlu menyepam
Masalahnya, keta yg 15 tahun pun xde nk bwk smpai 30km/j bro, x semestinya keta mewah.
Kt jerman, langsung xde speed limit, rate accident diorang lg rendah dr kita.
Kalau nk hukum driver pun, bkn dgn cara duit, byk cara lain lagi, gantung lesen ke, penalti point ke.
Ni nmpk sgt kerajaan xde duit.
Pakai helmet kena saman ekor ke? ;p
---------- Post added at 01:20 PM ---------- Previous post was at 01:17 PM ----------
Org nk buat jahat pun dah pandai, mesti dia dh aim keta yg nk didajalkan, so, dia dh samakan la kaler & model keta yg nk dilajukan tu, pastu pakai cermin gelap, tak nampak la driver sape (kdg2 la, hehehe).
Singapura pun ada undang2 yg sama, speed trap mesti ada pemberitahuan. Ni buat main ikut suka, takde protokol, seolah2 bila takde duit, tembak plet rakyat. Logiknya, org mesti marah. Sbb nampak terdesak.
Baguslah bila ada yang membantah, sekurang2nya kerajaan tau yg diorang diperhatikan @ pemikiran rakyat dah berubah. Menjadi kerajaan bukanlah 100% betul & menjadi tukang tegur/pembangkang bukanlah selalu 100% salah.
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks