+ Reply to Thread
Results 1 to 4 of 4
Like Tree2Likes
  • 2 Post By shamaziz

Thread: (Tempatan) Langgar lari: Pemandu mabuk dibelasah

  1. #1
    shamaziz's Avatar
    shamaziz is offline Dulu Kini Selamanya
    Points: 98,240, Level: 100
    Level completed: 0%, Points required for next Level: 0
    Overall activity: 99.7%
    Achievements:
    Three FriendsVeteran50000 Experience PointsRecommendation First ClassOverdriveTagger First Class
    Awards:
    3rd Thread StarterCommunity Award1st Class Rep2nd Most Thanks
    iTrader 0
    Join Date
    08 Oct 2004
    Posts
    5,545
    Points
    98,240
    Level
    100
    My Mood
    Relaxed
    Downloads
    6
    Uploads
    0
    Thanks
    400
    Thanked 2,701 Times in 746 Posts
    Rep Power
    45

    Default (Tempatan) Langgar lari: Pemandu mabuk dibelasah

    Langgar2520lari252C2520Pemandu2520mabuk2520dibelasah - (Tempatan) Langgar lari: Pemandu mabuk dibelasah
    Wati menenangkan anaknya, Norfan yang menangis kesakitan selepas dirempuh
    kereta yang dipandu lelaki mabuk, kelmarin
    .

    IPOH – Seorang pemandu kereta berusia 40-an dibelasah orang ramai selepas merempuh enam penunggang dan pembonceng motosikal ketika cuba melarikan diri di persimpangan Jalan Mustafa Al-Bakri di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian jam 11 malam itu, pemandu yang berusia 40-an memandu kereta jenis Toyota Camry itu dikatakan memecut kenderaan dari lokasi kejadian, namun dikejar lebih 10 penunggang motosikal yang melihat kejadian itu.

    Mangsa kejadian, Norimi Mohamad, 30, berkata, kereta itu dipandu laju ketika keluar dari simpang berhampiran sebaik dia dan dua motosikal lain melepasi lampu isyarat.

    “Saya melihat dua perempuan dan seorang lelaki di tepi saya terpelanting ketika dirempuh sebelum jatuh tertiarap di atas jalan. Motosikal mereka jenis Honda EX5 dan Yamaha dinaiki turut terseret lebih tujuh meter,” katanya.

    Menurutnya, kereta itu terus memandu laju sambil buat aksi drift dan hampir menggilis mangsa yang terbaring di atas jalan.

    “Saya cuba bangun, namun terpaksa merangkak ke bahu jalan akibat cedera di lutut dan pergelangan kaki kiri. Isteri, Wati dan anak, Norfan (5 tahun) cedera di siku dan tangan,” katanya.

    Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Mohamad, 20, berkata, penunggang motosikal yang menyaksikan kejadian langgar lari itu bertindak mengejar kereta berkenaan.

    Katanya, lelaki itu terpaksa berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah sebelum dikepung oleh kumpulan penunggang motosikal.

    “Dia keluar dalam keadaan mabuk dan dibelasah oleh penunggang motosikal yang geram dengan tindakan lelaki itu. Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota peronda polis sebelum dibawa ke Balai Polis Ipoh,” katanya.

    Dua gadis dan seorang lelaki berusia awal 20-an yang cedera dirempuh itu segera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan.

    Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, siasatan mendapati kereta yang dipandu suspek tidak sempat berhenti ketika keluar simpang selepas makan malam.

    “Dia yang berasal dari Puchong, Selangor dalam perjalanan menuju ke sebuah hotel dikatakan terlanggar seorang mangsa bernama Mohd Ismawi Ismail, 32.

    “Manakala, sebuah lagi motosikal tidak sempat brek terlanggar kereta menyebabkan mangsa cedera di tangan dan kaki. Butiran sebuah lagi motosikal masih tidak diketahui,” katanya.

    Menurutnya, sehingga kini tiada tangkapan dibuat, namun polis sudah merakam percakapan individu itu sebelum tindakan lanjut diambil di bawah Seksyen 3 (2) (b) Akta Pengangkutan Jalan.

    Sinar Harian 31 Okt 2012
    qayyum and fqafiq like this.

  2. #2
    fqafiq's Avatar
    fqafiq is offline Newbie iTrader 0
    Join Date
    31 Oct 2012
    Posts
    1
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    Memang patot lah kena pukul kalau dah macamtu punya perangai, dah lah mabuk, lngar orng pulk tu... mmg patot pukul smpai lunyai....!

  3. #3
    qayyum's Avatar
    qayyum is offline The Illusive Man
    Points: 14,278, Level: 51
    Level completed: 87%, Points required for next Level: 72
    Overall activity: 35.0%
    Achievements:
    Three FriendsCreated Album picturesVeteranTagger Second ClassCreated Blog entry10000 Experience PointsSoccer FanaticRecommendation First Class
    iTrader 0
    Join Date
    10 May 2003
    Posts
    2,074
    Points
    14,278
    Level
    51
    Blog Entries
    28
    My Mood
    Yeehaw
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    29
    Thanked 27 Times in 20 Posts
    Rep Power
    13

    Default

    Soalan cepumas : Berapa ramai pemandu mabuk ni nak kena langgar sampai mati baru kita nak outlaw arak dekat negara kita?

  4. #4
    massimo's Avatar
    massimo is offline Newbie iTrader 0
    Join Date
    25 Jun 2012
    Posts
    29
    My Mood
    Aggressive
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    2
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Rep Power
    0

    Default

    Dah la mabuk, kena hentak lagi tu. Alahai nasib. kah3

+ Reply to Thread

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Visitors Landed Here Searching For

None

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •