SERIAN: Pertumbuhan blog diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan di negara ini kini menjadi surat layang moden untuk individu tidak bertanggungjawab menabur fitnah kepada pihak tertentu.
Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud ketika ditemui selepas majlis pengagihan daging korban di Balai Polis Daerah Serian di sini semalam.
Beliau memberitahu, kebanyakan penulis blog ‘lupa’ akan etika menulis yang sebenarnya sehinggakan mereka sanggup menggunakan platform yang mudah untuk memfitnah seseorang demi kepentingan sendiri.
“Dulu sering kita dengar seseorang menerima surat layang yang dihantar ke rumah tetapi sekarang perkara itu tidak lagi berlaku kerana kebanyakan individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan blog untuk memfitnah menerusi surat layang moden pada masa kini,” katanya.
Justeru, Mohammad Ali berharap orang ramai yang suka melayari Internet untuk membaca blog agar tidak mudah mempercayai sebulat-bulatnya apa yang ditulis dengan memikirkannya terlebih dahulu.
“Kita tidak dapat kawal apa yang penulis blog ini katakan tetapi kita seharusnya bijak menilai apa yang ditulis,” jelasnya.
Majlis penyerahan daging korban itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon dan Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohd Jamali Umi.
Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan hasil sumbangan Mohammad Ali yang diagihkan kepada 50 penerima yang terdiri daripada kalangan balu, ibu tunggal, warga emas, saudara kita dan orang kurang upaya (OKU).
Utusan Borneo 28 Okt 2012
Dulu? Surat? Hantar rumah?? Hahaha
Email da.. kalo surat tu.. layang dia sampai rumah jiran sebelah jek. Email yg lebih kurang sama effect cam blog.. lebih meluas..
yg artis atau orang2 ternama
dok saman, masuk mahkamah semua tu
sebab2 ni la kan ..
jadi apo bezanya antara gosip dengan fitnah?
beza antara fitnah dengan gossip adalah...gossip ialah cakap-cakap yg mengisahkan hal-hal yg buruk seseorg di belakang org tu....fitnah lak tuduhan mengada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan seseorang..
adapun beza yang laen,gossip bahasa inggeris,fitnah bahasa arab...kebarangkalian begitu laa...![]()
cakap-cakap tu
bukan ke biasanya ada unsur2 tuduhan jugak
---------- Post added at 11:58 PM ---------- Previous post was at 11:53 PM ----------
contoh:
portal be****ulnara.com
rasanya ni kategori portal gosip artis dan selebriti
ambil sebahagian posting berkenaan tajuk
Suami Saya Tiada Hubungan Dengan Tasha Shilla – Isteri Datuk Jamal, Pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar
jadi terma dikatakan tuBaru berusia 42 tahun, Datuk Jamal dikatakan telah memberi sebuah kereta Audi A5 dan menaja kehidupan Tasha Shilla. Semalam menerusi Metro Ahad, isteri Datuk Jamal, Datin Nurhanizatul Shida tampil menyatakan yang suaminya tiada hubungan istimewa dengan pelakon tersebut.
bukan ke kategori tuduhan
point yg aku nak sampaikan
berbalik kepada pertanyaan asal aku tu
sebab aku agak kekeliruan sikit dari segi perundangan
no komen dah...logik gak tgk komen ni...dan komen aku di atas tentang dan gossip dan fitnah tu,bersumber kamus dewan bahasa edisi keempat..maybe zaman skang ni seswai penggunaan bahasa gossip kot...tp tgk keadaan mase agaknye
contoh..ali telah menggosip isterinye berlaku curang....ali telah menfitnah isterinye berlaku curang..
walau bagaimanepun,dosenye tetap lebih besar dari killing![]()
aku baru pas tgk citer ASK2012 yg berjudul "ilangnya doa seorang ibu "...mmg menyeramkan ( bukan adeer hantu ) tp menyeramkan dari segi dosa yg kita buat. Aku petik satu ayat hikmah pelakon tu cakap " mulut dan lidah tu sangat bahaya, jangan sampai menyinggung/menyakitikan org, kawal mulut dan lidah tu ".. Citer tu penuh makna.
Berbalik pd topik, bukan ker gossip, fitnah, cemuhan, kritikan, tuduhan, tomahan, ngumpilan sume dtg dari mulut dan lidah? Jadi?
Aku sarankan agar sume warga jiwang melihat drama " Hilangnya Doa Seorang Ibu ". Baru anda tahu aper yg aku cuba sampaikan diatas.
ps: aku nie jenis xsuka tgk drama tp hmmm...nampak cam bes jer, tgk jer laa...penuh pengertian lak tu...![]()
tula masalah kebanyakan forumer
takmo baca komen seseorang dengan betul
tapi rajin petik komen orang ..
tak kecik hati kan mp3 .. joke joke ajer
sebab tu aku saje tanye (sebab memang tak tahu pun)
berkaitan undang-undang, apa bezanya gosip dengan fitnah
dalam erti kata lain, yg depa2 dok saman menyaman tu
dan atas sebab tu jugak la
apabila kita membaca akhbar ke; menonton berita di tv ke; atau mendengar cerita dari orang ke
jangan kita suka2 nak sampaikan pada yg lain .. melainkan kita pasti & yakin tentang kesahihan berita tersebut
kalau tak, boleh masuk kategori fitnah dan/atau mengumpat
sebab senario di atas memang dah lazim dalam masyarakat
pagi2 baca paper ke apa .. pastu kalau ada masa; lepak dekat kedai kul 9/10 pagi
sambil sarapan dengan ofismate ke .. dok citer itu dan ini
kalau nak ikut contoh yg hebat .. macam Aulia' Allah; Rabi'atul Adawiyyah
dari kecil sampai ke hujung hayat, tidak pernah beliau berkata melainkan dengan kata2 daripada al-Quran
maksudnya, apabila nak bercakap .. hanya sebut sebahagian ayat-ayat2 al-Quran
ikutkan, macam tak logik kan
tapi itulah hakikatnya
dah dah ..
bagi yg tahu, tolong2 la jawab pertanyaan aku tu
Ape beza gosip dan fitnah? Lebih kurang jek.
Tapi gosip ni lebih kepada borak2 kosong. Cam borak dekat kedai kopi. Kita pun ada jek kutuk2 pemain bola dekat warung, tak gitu?
Bezanye gosip ni dia mudah padam bila keluar kenyataan sebenar kejadian yang dibincangkan.
Fitnah lak lebih kepada tuduhan tak berasas yg selagi xmenang, selagi tu la kita nak gadoh.
Cam kes Rozita Che Wan tidak bertogel tu.. kita gosip2 jek, pehtu aunt RCW pon kuar kenyataan.. kita beralih ke arah lain plak..
Tapi Zubur, eh Zubir plak berkeras 'fitnah' RCW ni mengatakan RCW kena report polis dan badan kerajaan utk membuktikan yg gambar tu palsu.
Mcmana nak buktikan, hanya Zubur je yang tahu.. kena togel depan polis la kot tunjuk body tak sama.. Entah..
Yang hak tu.. memang terang-terang fitnah. Sebab RCW dah terang-terang ckp bukan dia, kemungkinan pondan sama muka. Siapa kita nak nafikan, betul?
Hehehe
![]()
ni jawapan aku pas aku pas bace hadis bab umpat subuh tadi,kitab riyadhus solihin...ni kesimpulan aku,ngumpat atau gossip menceritakan keburukan orang laen di belakang orang tu,...fitnah lak,menceritakan sesuatu yang org tu x buat..cam fitnah berzina,padahal org tu x berzina pun...adapun gossip atau mgumpat,memang terjadi pun...![]()
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks