1MALAYSIA (BR1M), RM500
TALIAN HOTLINE : 1-800-222-500 UNTUK BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500.
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:
Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my
Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
Borang BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)
Download Borang : Direct Link Kementerian Kewangan
Download Borang : Backup (Mediafire)
Ala...kes photostat sehelai 20sen pun berkira...
Dikatanya borang tu dijual...itu pun nak dipolitikkan...
Kalau tak caya..gi la print kat cybercafe...mau 40sen sehelai...
Mesti dikata jual lak...sedangkan dia ambil pun tpt org photostat / print...mmg la kena bayar.
keh keh keh....
Cik Ail, klik pun berkira ke? keh keh keh...![]()
Salam... nk tnya leh? hehe Borang ini kalo yg bujang pun leh isi ke? sbb kt portal tgk mcm yg bujang wajib ade tanggungan baru leh dpt... kalo bujang xde tanggungan mcm mna ek? huhu
Semua isteri yang dimadukan dengan pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM3,000 berhak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 bagi meringankan beban keluarga.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, bantuan tersebut akan disalurkan kepada isteri-isteri terbabit kerana mereka yang menguruskan keluarga masing-masing.
Beliau berkata, lelaki atau wanita bujang yang menanggung keluarga kerana ibu dan ayah sudah meninggal dunia juga layak memohon bantuan tersebut.
"Isteri pertama, kedua hingga keempat juga berhak mendapatkan bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan di negeri Kelantan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing.
"Bagi golongan bujang yang tidak berkahwin tetapi mempunyai tanggungan adik-beradik terutama keluarga yatim piatu, juga berhak mengemukakan permohonan untuk menerima agihan wang yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan.
"Bagaimanapun, mereka yang keseorangan tanpa isteri (bujang) dan lain-lain tanggungan tidak berhak menerimanya. Namun, ibu tunggal dan bapa tunggal termasuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas berhak menikmati manfaat ini," katanya.
jaga-jaga dengan borang palsu mcm nie:
borang tulen takde tanya pasal maklumat bank,no akaun bank etc.. jangan tertipu!
salam... nak tanya sikit....
borang ni selepas diisi nak hantar ke saper erk?
alamat? or email?![]()
'Fiena'boleh rujuk link neh: Senarai Lokasi Kaunter Cawangan BR1M
tapi x konpom pulak samada boleh antar melalui post atau x
gelakkan saya yer...
Tq obi 4 details....
tarikh last kat tempat saya petang ni..... =)
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks