]Membela rakyat, sejahtera negara
Membela rakyat, sejahtera negara
Oleh MARHAINI KAMARUDDIN
pengarang@utusan.com.my
TENTU ada sesuatu yang mencuit hati sehingga Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet lain tergelak ketika pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, semalam. – Utusan/MOHD. NAIM AZIZ
KUALA LUMPUR 7 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2012 bagi meneruskan agenda transformasi nasional yang mengambil kira kebajikan segenap lapisan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengetepikan strategi untuk membangunkan negara.
Bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara, Bajet 2012 yang merupakan bajet kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Najib, bakal menjadi pemacu untuk mencapai Wawasan 2020 dan matlamat negara berpendapatan tinggi.
Beliau yang juga Menteri Kewangan dengan itu menggariskan lima fokus utama yang akan diberi penekanan di bawah Bajet 2012 iaitu meligat pelaburan; mengungguli modal insan; transformasi luar bandar; memperkejap perkhidmatan awam; serta meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat.
Belanjawan kali ini begitu menyeluruh sehingga menyentuh secara langsung golongan akar umbi melalui pemberian pelbagai insentif yang tidak dijangka termasuk bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, selain manfaat keseluruhan RM7,560 untuk pemilik teksi bajet bagi meringankan beban mereka.
Turut menerima insentif Bajet 2012 ialah warga emas, peneroka Felda, nelayan, wanita dan belia.
Golongan penjawat awam pula terus menerima imbuhan berganda apabila Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus, kenaikan gaji tahunan RM80 hingga RM320 mengikut gred selain bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dibayar pada Disember ini.
Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan pelarasan pencen dua peratus setahun secara automatik mulai 2013 di samping menerima bayaran khas
RM500.
Dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan yuran tambahan sekolah mulai tahun depan, pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima, selain baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.
Najib juga sempat menyindir pembangkang yang sering menguar -uarkan konsep negara berkebajikan sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah sejak sekian lama mengamalkannya.
“Keseluruhannya subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang demikian, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?” katanya.
Bajet 2012 menyediakan peruntukan berjumlah RM232.8 bilion meliputi RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan melaksanakan sejumlah projek bagi tahun depan di bawah Pakej Rangsangan Khas berjumlah RM6 bilion untuk merancakkan pelaburan.
Perdana Menteri turut mengumumkan empat dana khas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mempergiatkan industri itu.
Dalam pada itu, berpegang kepada falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Najib turut menjanjikan proses besar islah undang-undang di bawah Program Transformasi Politik bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara moden dan progresif sekali gus demokrasi yang berfungsi.
“Bajet yang baru saya bentangkan ini mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat, ia tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah sekalipun menengah atau tinggi dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa,” katanya.
Perdana Menteri mengakhiri ucapan belanjawannya yang memakan masa dua jam itu dengan menegaskan kerajaan BN tidak tunduk kepada tekanan atau paksaan untuk mengambil jalan benar dan betul demi warga Malaysia.
“Kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukan dibuat-buat atau ilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokan sahsiah serta kemunafikan intelektual seperti sesetengah pihak,” tegasnya.
p/s: to mod, kalau dah ada topik ini yg bersangkut dgnnya mintak mergekan ok...![]()
ringkasan yang lebey teperinci:
Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan Kerajaan memperuntukkan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahbaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Hidden Content
Pembangkang mati akal untuk serang Bajet 2012 - PM
08/10/2011 12:39pm
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
KUALA SELANGOR 8 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pihak pembangkang ketika ini berada dalam keadaan 'mati akal' dalam usaha mereka untuk menyerang Bajet 2012 yang dibentangkan oleh kerajaan di Parlimen semalam.
Tegas Perdana Menteri, pembangkang sebenarnya tidak mempunyai sebab dan alasan untuk mempelekeh-lekehkan bajet tersebut yang jelasnya memberi banyak tumpuan penuh kepada soal kebajikan rakyat di samping memastikan pembangunan negara terus berjalan lancar.
"Pembangkang tidak ada jawapan untuk serang bajet kita (kerajaan). Mereka mati akal, tak ada point (hujah).. mereka hanya boleh kata bajet kita tidak realistik, itu saja.
"Hakikatnya, Bajet 2012 yang disediakan kerajaan ini dibuat berdasarkan pelbagai aspek membabitkan kepentingan rakyat dan negara oleh pakar-pakar daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan lain-lain.
"Orang-orang (pakar-pakar) ini bukan Pak Pandir, ada kepakaran (masing-masing). Bila kita bentang bajet, kita bentang bajet yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh kerajaan," kata Perdana Menteri.
Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 300 masyarakat kaum India dalam program walkabout bersama Perdana Menteri anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor di Ladang Tuan Mee di Ijok, di sini hari ini. – Utusan
p/s: warnings: to all jiwanggers... just an article.... no discussion politician here![]()
Last edited by ♫♪DeShaFieNaDo♪♫; 8th October 2011 at 13:24.
tiap taun cikgu je yg dapat manafaat, profesional lain camner lak? skarang ni rasenya gaji cikgu lebih besar dari engineer kot. kalau gaji engineer atas sikit je dari RM3000, dah tak dapat ape2 manafaat dlm bajet nih selain subsidi gula, tepung etc tu je. sumbangan engineer untuk negara tak dihargai sangat terutama yg keje private. lepas ni semua bapak2 kat Malaysia ni pakse anak jadik cikgu (macam aku kene), profesional lain amik import je la semua....hampeh!![]()
Pilihan raya dah dekat.. Pandai la dia.. huhu
Sape kate org xle bidas bajet 2012?
Tu apsal had umur pencen naik sampai 60 tahun? Jenuh la org nk tunggu penjawat awam 'kiok' nk kasi org baru masuk.
SPA gerenti xbukak2. Walaupon ako sempat apply 4 tahun yg dulu.. huhu
Apsal nk kasi baucer dan wang ringgit utk buku sekolah dkt rakyat? Awat x potong direct terus dari sekolah2 dan institusi pembelajaran?
Kes ni bkn x penah jadik, jap tgk la.. harga buku naik. Xkan cukupnye baucer2 neh..
Satu lg.. berapa bajet F.L.O.M?
Hehe
Mcm2 hal..
:fly2:
PM minta gaji minimum sektor swasta ditetapkan secara rundingan
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pihak majikan supaya menetapkan satu gaji minimum yang munasabah kepada kakitangan sektor swasta.
Beliau berkata, usaha itu bergantung kepada persetujuan bersama yang boleh dicapai melalui proses rundingan antara majikan dan pekerja.
"Kerajaan tidak boleh mengarahkan pihak swasta tapi kita harap ia dicapai melalui rundingan.
"Terutama sekali apabila kita sudah wujudkan mekanisme untuk menentukan bayaran gaji minimum," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Kundang, Rawang, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas reaksi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengatakan kakitangan di sektor swasta tidak menerima berita gembira daripada pengumuman Bajet 2012.
Sementara itu, keputusan kerajaan tidak menaikkan harga rokok semasa pengumuman Bajet 2012 dibuat bagi mengekang penggunaan rokok haram di kalangan perokok negara ini,
Najib berkata, lambakan rokok haram yang sudah terlalu tinggi di pasaran pada masa kini boleh membahayakan.
"Kerajaan tidak boleh menaikkan harga rokok terlalu mendadak kerana penggunaan rokok haram kini sudah mencecah 40 peratus.
"Kalau harga rokok naik mendadak, peratusan mereka yang akan menghisap rokok haram akan terus meningkat," katanya.
Bagaimanapun katanya, kerajaan boleh menaikkan harga rokok pada bila-bila masa yang biasanya akan dibuat secara berasingan (off bajet).
"Kalau kita rasa perlu naik, kita akan naikkan harga rokok tapi semalam ia tidak dimasukkan dalam bajet," katanya.
baru perasan harga minyak petrol 97 rm2.80 1 liter....wow...
yg len aku rase boleh2 la skit..tapi walaupun dier kater merangkumi semua sektor..aku rse swasta still diabaikan..dpt nek epf 1%..tu jerk..itu pun in terms of longgg investment..n at the same time gomen pun untung sebb boleh invest ker tempat len lak ngan epf tu..tapi swasta cam aku nih..adoii...umah nak bli pun tak mmpu..dier lak gatal2 nekkan lagi smp 400k...perghh...nak suh kite mati kering wat utang..mane la nak cekau...
yg minyak satu hal...kate every month nak revise...tapi da dkt 4 bln da oii...minyak da turun hmp usd80 barrel...asal tak turun2 lagi...demm laa...
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)
Bookmarks