View RSS Feed

Xypherz

Abang telah selamat sampai.

Rate this Entry
by , 4th October 2011 at 19:47 (2880 Views)
284138_217011008343913_216025315109149_629541_491567_s.jpg
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Subject : Abang telah selamat sampai
Date : 30 Oct 2011


Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
Moral of the story: Semak betul-betul alamat email yang dihantar.

Submit "Abang telah selamat sampai." to Google Submit "Abang telah selamat sampai." to Twitter Submit "Abang telah selamat sampai." to Facebook Submit "Abang telah selamat sampai." to Digg

Tags: blog, email, lawak
Categories
Uncategorized

Comments

  1. phantomhuman's Avatar
    bahaya tul hehe
  2. Raymee's Avatar
    giler.. silap2 bukan pengsan.. kojol terus hehe
  3. nurul_jamal's Avatar
    heart attack terus
  4. mp3's Avatar
    bini dia tu takut mati sebanarnye

Trackbacks

Total Trackbacks 0
Trackback URL:
Hello Guest, if you read this, it means you are not registered. Click here to register. While browsing the site as guest is possible, we really recommend you to become a member to unlock certain access. It will remove some advertisements too. If you forgot your password please Click here..