Quote Originally Posted by Gombug.Net
gombugnet FacebookServer001 - Kecewa dengan Dell & HP, Facebook bikin server sendiriSejak Facebook Inc menyatakan untuk membina dua pusat data baru, para jurutera buntu untuk memilih sistem pelayan yang dikehendaki sama ada dari Dell Inc. (DELL) atau Hewlett-Packard Co. (HPQ).

Oleh yang demikian pihak Facebook Inc. membuat keputusan untuk membina sendiri sistem pelayan mengikut kehendak tersendiri sepenuhnya. Google, Facebook dan Microsoft Corp. (MSFT) juga turut menghasilkan sistem pelayan yang mengandungi komponen yang minimum untuk keperluan khusus mereka. Projek ini telah diumumkan sebagai Open Compute Project pada 21 April 2011 oleh Facebook di mana pelayan ini menggunakan bekalan kuasa dan papan litar yang direka khusus di atas kepingan logam untuk memaksimumkan aliran udaran di samping meminimumkan jumlah kipas yang diperlukan.

Menurut Facebook, melalui inovasi ini, kecekapan pelayan dapat ditingkatkan sebanyak 38 peratus dan mengurangkan kos bangunan pusat data di Oregon sebanyak 24 peratus. Pelayan Google juga turut dihasilkan mengikut kehendak spesifikasi kompeni tersebut di mana mengurangkan perkakasan mengikut keperluan kegunaan aplikasi yang dijalankan. Pelayan tersebut dijalankan di atas sistem operasi Linux yang telah ubah suai dengan membuang kod yang tidak dikehendaki. Malah Microsoft juga turut tidak ketinggalan dalam membina pelayan sendiri di mana hal ini menimbulkan dilema bagi pemain industri pembuatan pelayan.

"Kami tidak dapat apa yang dikehendaki," berkata Frank Frankovsky, Pengarah Reka bentuk Perkakasan Facebook Inc. pada persidangan teknologi pusat data.

gombugnet FacebookServer003 - Kecewa dengan Dell & HP, Facebook bikin server sendiri
Pelayan Open Compute project direka bentuk khusus oleh pasukan pusat data Facebook. Foto Kredit - datacenterknowledge.com

Kini para pembeli boleh membeli pelayan mengikut citarasa yang dikehendaki tersendiri di mana nilainya lebih murah dan lebih efisien untuk permintaan pelayan perkongsian data melalui web. Pelbagai kehendak permintaan boleh dipenuhi dengan pengecualian komponen pelayan yang tidak perlu seperti peranti menaik taraf dan peranti sandar yang secara tradisionalnya ditawarkan kepada gergasi korporat yang menjadi pelanggan utama.

gombugnet FacebookServer002 - Kecewa dengan Dell & HP, Facebook bikin server sendiri
Bilik pelayan di pusat data Facebook baru di Prineville, Oregon yang dilengkapi dengan sistem aliran haba direka khas. Foto Kredit: Alan Brandt

Secara umumnya, Hewlett-Packard, Dell dan International Business Machines Corp. (IBM) adalah pemain industri utama dalam memonopoli urus niaga pelayan, oleh yang demikian Facebook dan lain - lain kompeni terpaksa mencari pilihan lain dalam mengurangkan kos menguruskan pusat data mereka yang semakin meningkat.
Artikel sepenuhnya: Dell gagal dalam rundingan urusniaga pelayan Facebook.

** Sekadar berkongsi artikel dengan warga Jiwang.org sesambil layan buhsan