
SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Menteri pertahanan negara tersebut berkata akan memesan sebanyak 8000 unit iPad kepada rekrut baru dari bulan November.
Beliau juga bercadang untuk membekalkan peranti tersebut bagi sektor perkhidmatan yang lain pada tahun depan. iPad yang dijual di Singapore pada harga serendah SGD668 (+/- RM1,640.24) . Panglima Angkatan Tentera (CDF) Leftenan-Jeneral (LG) Neo Kian Hong berkata dengan penggunaan iPad ini akan memberi kelebihan kepada Angkatan Bersenjata Singapura(SAF) tentang keupayaan teknologi yang ramai digunakan oleh belia di negara itu.
Akhbar harian Singapura, Straits Times melaporkan Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi. Tentera juga boleh menghantar sebarang mesej & pertanyaan kepada pihak atasan melalui sistem pesanan semasa atau perbincangan berkumpulan dalam talian yang diwujudkan.
Angkatan Bersenjata Singapura(SAF) juga berkata telah bekerjasama dengan kontraktor swasta untuk membangunkan iPad aplikasi mengikut keperluan dengan pelbagai fungsi yang diperlukan.
Bookmarks