+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3

Thread: Data center@network operation center Blackberry hanya ada dua dalam dunia nie?

  1. #1
    webxcrawler's Avatar
    webxcrawler is offline Newbie iTrader 0
    Join Date
    19 Mar 2010
    Posts
    19
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Rep Power
    0

    Question Data center@network operation center Blackberry hanya ada dua dalam dunia nie?

    Quote Originally Posted by Gombug.Net
    gombugnet blackberryOutagex0001 - Data center@network operation center Blackberry hanya ada dua dalam dunia nie?
    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Isu kegagalan servis ini membangkitkan persoalan serius dari kalangan pengguna khususnya sektor industri yang bergantung pada platform BlackBerry tersebut.


    Juru analis memaklumkan kepada Computerworld UK bahawa pihak Research In Motion (RIM) perlu mempertimbangkan untuk membangunkan lebih banyak pusat data untuk mengelak sebarang risiko yang boleh berlaku di masa hadapan. Disebabkan oleh kejadian ini, kebanyakkan pengguna BlackBerry di UK hanya dapat menggunakan aplikasi, menerima email dan lain - lain servis BlackBerry sepenuhnya beberapa hari kemudian.

    gombugnet blackberryOutagex0002 - Data center@network operation center Blackberry hanya ada dua dalam dunia nie?
    Dalam sidang media yang telah diadakan, David Yach iaitu Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Research In Motion (RIM) telah mengesahkan bahawa isu masalah teknikal yang dialami adalah disebabkan oleh kegagalan rangkaian data di pusat operasi rangkaian utama yang terletak di Slough, United Kingdom. Pusat operasi rangkaian atau dikenali dalam istilah NOCs (network operation centres) yang berpusat di Slough ini merupakan aliran trafik data BlackBerry tunggal pengguna di Eropah, Asia tengah, Afrika, India dan tiga lagi pengendali rangkaian komunikasi di Amerika selatan. Masalah kegagalan titik tunggal atau dikenali dalam istilah 'single point of failure' bermula setelah kegagalan sistem rangkaian untuk bertukar ke suis rangkaian data yang lain, oleh yang demikian sebarang servis dari Research In Motion (RIM) hampir lumpuh sepenuhnya. Pihak Research In Motion (RIM) hanya mempunyai dua pusat rangkaian data termasuk yang mengalami masalah kegagalan tersebut untuk menyediakan servis bagi pengguna di seluruh dunia. Sebuah lagi pusat data rangkaian data adalah terletak di Waterloo, Canada.

    Kegagalan pusat operasi rangkaian yang terletak di Slough, United Kingdom ini memberi beban yang lebih kepada trafik data BlackBerry yang dihantar dari Amerika selatan & Asia ke beberapa negara yang sepatutnya aliran trafik diuruskan oleh pusat operasi rangkaian yang terletak di Slough, United Kingdom. Oleh kerana bebanan data berlebihan, keseluruhan rangkaian BlackBerry hampir lumpuh seolah mengalami situasi serangan penafian-perkhidmatan atau dikenali sebagai denial-of-service attack (DoS attack) atau distributed denial-of-service attack (DDoS attack), walaubagaimanapun David Yach - Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Research In Motion (RIM) menafikan di mana tiada sebarang bukti bagi ancaman sekuriti untuk mengaitkan dengan kegagalan tersebut.

    gombugnet blackberryOutagex0003 - Data center@network operation center Blackberry hanya ada dua dalam dunia nie?
    Gambarajah menerangkan situasi 'single point of failure' di mana suis rangkaian menjadi kegagalan titik tunggal untuk berhubung di antara pelayan & komputer. Kredit Foto: Single point of failure - Wikipedia, the free encyclopedia

    Terdapat hampir 70 juta pengguna BlackBerry seluruh dunia di mana Research In Motion (RIM) turut bersaing hebat dengan pesaing pasaran seperti pengeluar peranti iPhone & Android. Juru analis peranti & platform dari Ovum (firma penganalisis dan perundingan IT & teknologi berpengkalan di London), Nick Dillon dengan tegas berkata Research In Motion (RIM) perlu mewujudkan lebih banyak pusat data mahupun pusat rangkaian data sekiranya isu bencana kegagalan menjadi kebiasaan dalam membekalkan servis kepada pengguna.
    Nick Dillon berkata kepada Computerworld UK: "Research In Motion (RIM) hanya mempunyai dua pusat operasi rangkaian global untuk menguruskan trafik data BlackBerry, dalam banyak cara masih memberi kekuatan pada sistem mereka dengan cekap untuk menghantar mesej email kepada pengguna. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama mereka berdepan dengan risiko besar bagi kegagalan servis sekiranya kedua kedua pusat operasi rangkaian global ini lumpuh yang tidak dapat menampung permintaan memandangkan pengguna platform BlackBerry yang makin meningkat ramai di seluruh dunia."

    Setelah gangguan perkhidmatan servis Blackberry terbesar di US pada 2008 di mana menyulitkan 12 juta pengguna BlackBerry, Research In Motion (RIM) telah membuka pusat data serantau yang baru pada tahun 2009 di Texas pada masa yang sama turut membina sebuah lagi pusat data serantau di Atlanta, Georgia. Persoalan tentang pampasan bagi pelanggan Research In Motion (RIM), Nick Dillon berkata mungkin ianya akan diusahakan oleh syarikat telekomunikasi mudah alih itu sendiri di mana syarikat itu membayar yuran servis secara bulanan kepada Research In Motion (RIM) di mana nilai yuran tersebut telah dikenakan kepada pelanggan mereka.

    Dua syarikat telekomunikasi mudah alih yang beroperasi di negara Teluk telah mengumumkan bahawa mereka akan memulangkan bayaran balik bagi selama 3 hari kegagalan servis tersebut.
    *Kredit: Kegagalan Titik Tunggal: Research In Motion (RIM), syarikat pengeluar BlackBerry
    ** Sekadar berkongsi artikel dengan warga Jiwang.org. Walaubagaimanapun, sungguh xsangka selama ini ada 2 ketul jah data center/Network operation center utk support pengguna blekberry satu dunia..huhuhu kental! Apa beza data center sama network operation center ek?
    Last edited by webxcrawler; 31st October 2011 at 16:42. Reason: Letak gambor:)

  2. #2
    .TokJanggut.'s Avatar
    .TokJanggut. is online now CoAdministrator
    Points: 47,849, Level: 96
    Level completed: 30%, Points required for next Level: 701
    Overall activity: 99.8%
    Achievements:
    Three FriendsRecommendation Second ClassVeteranTagger Second Class25000 Experience PointsOverdriveSoccer Fan
    Awards:
    LoveableMaster Premium PosterHelperCracker RankPosting Award
    iTrader 1 (100%)
    Join Date
    26 Sep 2003
    Posts
    8,976
    Points
    47,849
    Level
    96
    My Mood
    Spaced
    Downloads
    5
    Uploads
    0
    Thanks
    306
    Thanked 2,389 Times in 907 Posts
    Rep Power
    43

    Default

    Topic Moved ( to appropriate section )

    Lain kali sila post di section yg betul yer, mekasih.

  3. #3
    webxcrawler's Avatar
    webxcrawler is offline Newbie iTrader 0
    Join Date
    19 Mar 2010
    Posts
    19
    Downloads
    0
    Uploads
    0
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Rep Power
    0

    Default

    Quote Originally Posted by tomlia View Post
    Topic Moved ( to appropriate section )

    Lain kali sila post di section yg betul yer, mekasih.
    Sesama:)

    *p/s bebuhsan nak share info..sekali salah port pulak:)

Similar Threads

  1. [MULTI] Cloud and Virtual Data Storage Networking
    By 3lionking3 in forum E-Books & Magazine
    Replies: 0
    Last Post: 28th December 2011, 20:09
  2. Replies: 0
    Last Post: 24th August 2011, 00:06
  3. Jawatan Kosong Network Operation
    By kyrullanuar in forum Hot Jobs
    Replies: 12
    Last Post: 5th January 2011, 09:53
  4. Replies: 0
    Last Post: 24th September 2010, 16:05
  5. Success - Ada Cinta Dalam Airmata
    By t0ys in forum AudioShare Malay
    Replies: 1
    Last Post: 24th May 2009, 20:58
+ Reply to Thread

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Visitors Landed Here Searching For

None

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •