SUBANG JAYA: Pelawak Saiful Apek yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM200,000 terhadap penerbit filem David Teo terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.
Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini.
"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan...